PAS
Ape dah jadi ni, Yob? Kat Johor sanggup PAS gulin' perin' 'nyokong BN tanding kerusi Dun, kat Peghak dema tak sior PAS pun! Maaf jika cakap Peghak aku tak pior. Aku 'ngajuk je sebab walau aku orang Peghak, mengundi pun di Peghak, aku jarang cakap Peghak masa kecik dan remaja dalam rumah aku di Kampung Batu 26, Batu Hampar, Beruas sebab datuk dan nenek belah ayah aku masing-masing lahir di Acheh dan Banjar Masin manakala belah mak aku masing-masing lahir di Pakistan dan Jawa. Kawan-kawan kat sekolah rendah dulu pulak majoritinya orang Banjar! Aku difahamkan calon PKR menang - PAS gagal - setelah 24 PH dan 9 BN sokong kerusi senator! Wow!
Semoga Allah permudah individu dan mereka lain yang menghadapi bencana ribut dan hujan lebat seperti ditunjukkan dalam video kat atas ni.
Apa la komen macam ni. Dia ni Islam ka apa?Lihat video kat atas ni. Memang la tak bagi lesen baru tapi lesen judi terbabit diperbarui. Namun, bukankah boleh pihak kerajaan batalkan ja jika ada kesedaran Islam? Adakah perjanjian bahawa lesen judi terbabit tak boleh dibatalkan selagi ada bulan dan bintang?
Kelakar. Yang kat atas pentas tu ramai berpendidikan tinggi tapi tak tegur bila Sanusi kata tak salah sebut seolah-olah doa mati kena langgar lori dan lain-lain. Konon cara cakap marhaen! Aku dulu sekolah kat Bukit Mertajam. Ada segelintir kawan yang kadang-kadang sapa kawan-kawan lain dengan ayat seperti hoi! barua nak pi mana? Aku pula tak cakap macam tu dengan sapa-sapa pun kat sekolah aku sebab aku anggap ungkapan tu salah walaupun kami duduk dalam satu dorm atau tingkatan. Oh! Mungkin yang kat atas dan bawah pentas tu semuanya marhaen jenis Sanusi. Jadi, cakap kasar takpa! Tapi, Sanusi doa pecah perut tu difahamkan ditala kepada seseorang dalam kelompok elit. Bukan duduk dalam kelompok marhaen yang ada kaitan dengan kawan-kawan Sanusi, kan? Satu soalan lagi ialah semua orang PAS tak ambil kisah Sanusi cakap kasar ka? Lagi pelik jika bagi alasan pihak seteru pun suka maki jugak! Islam apa ka benda jika masyarakat di Malaysia berperangai tak ketahuan macam ni! Lihat video kat bawah ni pula. Namun, tak semestinya seseorang yang suka maki akan sukar mengucap sebaliknya akan maki sesuatu semasa nazak kerana semuanya yang berlaku di dunia ni mengikut kehendak Allah. Kita sebagai manusia biasa sekadar berusaha mengelak buat tak baik dan ikhtiar untuk elak tak baik ni termasuk juga dalam takdir Allah. Semoga Allah mengampuni kita semua. Aaamiin.
Comments
Post a Comment