IRAMA 60-AN & 70-AN & 80-an 

1.Muzik ni hal khilaf. Aku pegang, ia okey selagi tak betul-betul lawan al-Quran dan hadis. Bila hadam lirik pula aku tolak benda yang mengarut sama la juga kena tolak cara beribadat yang karut. 2.Lagu-lagu kat bawah ni ada yang aku nyanyi masa mula belajar main gitar waktu tingkatan 3 pada 1980. Namun, aku ketuk deram masa masuk pertandingan band kat sekolah kerana masa tu grup aku tiada pemain deram. Sebelum tu pun, aku sering nyanyi Si Cincin Emas, A Rahman Onn masa kecik dengan kawan-kawan sekampung sambil ketuk tong lawan nyanyi ala Bintang RTM. Lagu Wajah Kesayangan Hamba, Hail Amir aku nyanyi dalam kelas muzik kendalian cikgu Barbara Pareira masa Tingkatan Satu. Pada pertengahan 1983 aku nyanyi sampai habis lagu Keluhan Perantau, Jamal Abdilah masa interbiu kat ACS Ipoh dan hasilnya aku dapat biasiswa belajar ke luar negara tajaan JPA. Aku pernah belajar gitar elektrik sekejap dengan seorang Mat Trash yang main underground, dia ronda seluruh negara, tapi aku malas nak hadap gitar elektrik berjam-jam sehari lalu cerita muzik aku habis setakat tu. Namun, anak bongsu aku punya bakat di bidang muzik. Yang kedua pun sama tapi tak seserius yang bongsu. Yang bongsu tu pernah bagitahu dia nak beli gitar tapi aku tak setuju dengan alasan dia boleh guna macam-macam alat muzik kat sekolah menengah dia. Aku sebenarnya nak dia tumpu kepada pelajaran. Dia pernah main deram pancaragam sekolah rendah dan bertanding main keyboard kat Putrajaya wakil Pulau Pinang. Kini, dia masuk kumpulan muzik angklung kat sebuah universiti di Kedah yang katanya ramai ahlinya pelajar Indonesia. 








































Lagu-lagu Boney M, Broery Marantika (tak lama kemudian namanya ditukar kepada Broery Pesulima), R Azmi, D'lloyd, The Mercy's dan beberapa lagi aku kerap dengar guna catridge kat kedai dua abang sepupu di Jalan Haji Hussien, Chow Kit Road sekitar hujung 1970-an dan awal 1980-an.

Comments