POLITIK MALAYSIA 




Niat buat 3rd Force ni baik. Namun, ia sekadar memecahkan undi jika ada ahli-ahlinya menjadi calon pada PRU16 nanti. 















Mengata buruk kepada seseorang seperti dalam video kat atas ni tak baik. Kalau pun betul jadi umpat, jika tak betul jadi fitnah. Umpat dan fitnah ni dua-dua dimurkai Allah. Pada aku, orang politik patut lebih tumpu kritik cara pemerintahan kerajaan yang ada sekarang dan bukan isu peribadi. 










Kenapa macam nak desak guna istilah bangsa Malaysia? Mungkin sebab beliau orang Johor maka lelaki dalam video kat atas ni cuba mengaitkan istilah bangsa Johor dengan istilah bangsa Malaysia. Warganegara Malaysia dah okey! Kat negara nikan orang awam dah biasa sebut orang Cina bukan orang China? Yang datuk nenek datang dari India pulak disebut keturunan India atau mamak bagi yang beragama Islam. Benggali tu tak betul, yang betul Sikh. Tapi, kat kampung aku dah biasa panggil Benggali. Yang beragama Islam dan jual roti kami panggil Benggali roti. Seorang orang tua di kampung aku bernama Abdul Karim, kami panggil Benggali Karim sebab dia bukan jual roti. Beliau yang dah meninggal dunia ni agak kaya kerana satu-satunya orang kampung aku pada era awal 1970-an yang punya kereta letak dalam garaj bawah rumah separa simen, juga telaga jenis pam untuk basuh dan mandi dalam rumah beliau. Jamban ja kat luar! Ada juga seorang Melayu punya kereta di kampung aku dulu-dulu ni tapi masa aku kecik zaman dulu tu beliau sudah tidak menggunakan kereta lagi. Seorang wanita dah tua keturunan Cina kami anggap Melayu sebab beliau dijadikan anak angkat sejak kecil. Cara cakap beliau pun kedengaran sebijik orang Kuala Kangsar! Orang keturunan India kat ladang getah sekitar sebatu dua jarak dari kampung aku yang beragama Hindu kami panggil orang Hindu. Takdak masalahpun kami guna istilah ini. Cuma, tak sesuai bila sebut orang Hindu di tempat atau negeri lain! Lihat negara-negara lain di seluruh dunia. Contohnya, Amerika Syarikat. Antara istilah diguna di sana ialah warga Amerika Syarikat tanpa kira bangsa apa pun, orang kulit hitam dan lain-lain. Berbalik kepada Malaysia, kepentingan Melayu memang sudah tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Tapi, konsep Ketuanan Melayu tu tak sesuai dipakai. Prof Jomo pernah mempersoalkannya dalam suatu kata-kata: "Macam mana nak hadapi situasi pemandu Melayu bawa kereta tauke Cina?"































Lihat beberapa video kat atas ni. Semangat cinta negara dipamer melalui istiadat pengibaran bendera pada hari mengingati kemerdekaan Indonesia setiap 17 Ogos. Mereka, remaja sekitar 70 orang, dipilih daripada puluhan ribu calon dari seluruh negara berkenaan. Mereka dilatih ikut kaedah tentera walau tidaklah seteruk yang dihadapi pasukan bersenjata terbabit. Pada hari yang dinanti-nantikan, sebilangan remaja melompat-lompat kegembiraan apabila melihat rakan mereka muncul di skrin TV. Ada yang menangis kegembiraan. Semoga sifat patriotik kekal dalam dada kita semua.





Lihat lima video kat atas ni. Aku sememangnya tak setuju semua kata-kata TGHA. Contohnya, memaafkan Dr Mahathir dalam isu Memali kerana aku difahamkan isteri arwah Ustaz Ibrahim Libya dan pihak-pihak berkaitan tak beri kenyataan seperti itu pun. Namun, dalam banyak hal lain, aku berlapang dada terhadap ucapan kerasnya. Dan, sepatutnya, kita sebagai orang awam Islam, faham tentang keperluan menegakkan Islam dalam segala bidang di Malaysia termasuk menentang mana-mana pihak atau kaum yang memperlekeh lagu kebangsaan, Negaraku. Tak malukah mereka terbabit kepada budak perempuan Russia? Pasang bendera pulak. Takkan tak tahu caranya? Seterusnya, cuba dengar kata-kata Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam video kat bawah ni.




















































Comments