PRN 9





















Rasanya yang didakwa kritik PAS dan parti-parti sekutunya tu ramai di kalangan penyokong PN. Bukan ramai pun mereka tu ahli PAS. Ahli-ahli PAS sukar buat begitu. Ahli-ahli PAS atau lebih tepat wakil-wakil PAS dari negeri-negeri tertentu biasanya akan "keras suara" semasa muktamar tahunan PAS atau majlis-majlis berkenaan ja! Dalam perkembangan berkaitan, seorang penggiat medsos, yang juga aku yakin ahli PAS, bila menjawab soalan seorang penonton siaran langsungnya mengenai strategi PAS sokong BN telah kata seolah-olah penyoal kena masuk usrah PAS untuk faham mengenainya. Pertama, orang yang soal tu entah ahli PAS atau bukan. Kedua, kalau ada hal rahsia pun, tak bolehkah beliau beri penjelasan secara umum mengenai kerjasama BN&PAS? Aku beberapa tahun dulu pernah tanya soalan sensitif mengenai perkembangan hubungan PAS dengan pihak-pihak bukan Islam. Seorang AJK pemuda PAS yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri terus kata benda yang sama: "Anta kena pergi usrah." Aisayman!





Isu seperti dalam video kat atas ni tak berapa penting kerana "aku takdak kena mengena dengan filem ni!"




Habis segala institusi kerajaan kelihatan diheret demi kemenangan pihak berkenaan. Atau sekadar divert attention? Lihat video kat atas ni.


Ikut prinsip demokrasi, setiap orang boleh pilih sesiapa pun dalam pilihan raya. Nak sokong PN ka, BN ka, PH ka, atau Bebas takdak masalah. Jika ada masalah dah tu kenapa SPR terima borang calon terbabit kalau pangkah calon berkenaan dikata bangang? Takkan SPR kongsi bangang jugak! Lihat video kat atas ni. HARU BETUL. HeHeHe.

Cakap berapi-api namun beliau seolah-olah tak faham kenapa ramai orang memperjuangkan Islam dan Melayu. Malaysia bukan sebuah negara satu parti seperti Sudan sekitar pertengahan 1990-an. Mungkin Sudan sekarang pun masih kerajaan satu parti. Dan, kalaupun kerajaannya satu parti, setiap ahli Parlimennya tetap punya citarasa berbeza. Realiti di Malaysia, ahli-ahli Parlimen Melayu memang majoriti tapi mereka tak duduk dalam sebuah organisasi atau gabungan parti politik yang sekepala! Sebab tu, muncul fenomena rumah bangsa dan lain-lain idea untuk menyatukan semua pihak berkenaan. Dan, untuk menyemarakkan sokongan terhadap usaha-usaha terbabit maka muncul slogan berbentuk pertahankan agama dan bangsa. Itu ja! Begitupun, kata-kata Prof Jomo dalam video kat bawah ni ada kebenarannya!



Lihat video kat atas ni. Ko rasa, orang-orang Melayu mati ka kalau tiada orang-orang Cina di Malaysia?



Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin Islam di peringkat antarabangsa. Lihat video kat atas ni. Jadi, tentu beliau tahu bahawa bekalan air, tanah ragut rumput dan kayu api adalah antara hak orang awam. Makna kata kalau tak percuma seperti zaman dulu-dulu tu pun, mestilah dibayar orang awam sekadar untuk kos operasi dengan untung kecil bukannya syarikat berkenaan untung berbilion-bilion tapi ramai rakyat tetap sengsara! Sekarang, sebagai contoh, takkanlah orang awam ramai pi cari kayu api macam filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok. Namun, tak hairan jika masih ada lagi di negara ni sebab di Afghanistan, India, China, Jepun pun ramai guna kayu api khususnya di desa-desa! Yang penting sepatutnya gas, petrol, diesel dan seumpamanyalah kenalah murah. Ya. Semua orang faham, kita kena hadap OPEC dan pelbagai pihak lagi dalam hal penentuan kadar harga minyak tapi kerajaan yang memerintah pada sesuatu masa perlu ambil berat masalah seluruh rakyat. Bukan saja janji kat N9 malah seluruh negara termasuk negeri-negeri pembangkang dalam bentuk royalti dan lain-lain.















Memang perpecahan Melayu dan penganut Islam yang berlaku di negara kita sekarang ni takdir Allah. Perpecahan kat negara-negara lain cara merekalah! Namun, usaha seseorang untuk berada di jalan betul pun takdir Allah juga. Oleh tu, kena fikir-fikirkanlah supaya kita semua berada di jalan benar!





















































Politik Islam mestilah memartabatkan Islam. Bila berkawan dengan BN yang ada entiti bukan Islam yang jelas selalu kecam usaha berbentuk Islam, adakah mereka terbabit takkan lagi menolak sebarang usaha seperti dulu sewaktu PAS cuba mengaktakan RUU355 dan lain-lain? Untuk menstabilkan kerajaan maka kelihatan pemimpin-pemimpin PAS berkenaan masa tu semacam "buat bodoh." Pemimpin-pemimpin PAS juga tak boleh cakap semua tindakannya ja betul manakala cara pihak-pihak lain semua salah! Kerjasama BN&PAS pada PRN Johor baru-baru ni, BN ja berjaya! PAS telur! Adakah PAS yakin pemerintahan di negeri ni akan selaras dalam tekad yang diwar-war berbentuk keislaman dan kemelayuan? Takkanlah pula PAS diwakili "pencacai-pencacai hina" yang sekadar mampu melihat tapi tak boleh bersuara! Maksud bersuara ni bukan sekadar menegur BN tapi mengubah keadaan buruk menjadi baik.



Bukan masalah takut. Bukan pegang pedang atau pistol pun! Ia suatu yang bagus namun adakah entiti-entiti dalam BN akan undi PAS seperti entiti-entiti dalam PN undi BN di Johor baru-baru ni sedangkan PAS tak menang pun satu kerusi di sana! Ah! Jika pihak PAS kata masuk calon di sini macam friendly match, berapa penonton bayar untuk tonton? Takkan PAS sekadar "mengabiskan beras" ja?

























Comments