KISAH BUKU LIBRARY
Jawapan berfakta jika staf kat Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) tanya lagi fasal ketidakpulangan buku, Honk If You're Malaysian (HONK) apabila saya ke library pada 5 Julai depan untuk hantar buku saya pinjam pada 21 Jun baru-baru ini. HeHeHe.
Saya selalu ke library setiap Ahad untuk baca pelbagai akhbar harian sepanjang minggu berkenaan khususnya akhbar mingguan - BH Ahad, Mingguan Malaysia, Sunday Times dan Sundar STAR. Namun, sekali-sekala saya pergi hari lain jika tempoh hantar buku-buku saya pinjam dilanjutkan staf library berkenaan ke hari lain bukan Ahad sebab faktor cuti, renovasi dan hal-hal lain seperti ada majlis jamuan dianjurkan dalam bangunan library pada hari Ahad dua minggu berikutnya.
Mengenai HONK, saya pinjam buku yang memuatkan sejumlah artikel dalam Bahasa Inggeris ini bersama sebuah novel terjemahan, Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam Dong pada Ahad 3 Mei lalu dan kena hantar dalam tempoh dua minggu yakni paling lewat pada 17 Mei. Saya pinjam guna khidmat seorang staf lelaki di kaunter sebab komputer untuk pelanggan pinjam sendiri di tempat lain bermasalah sebab tercatat kena masukkan password yang hanya diketahui pihak library. Di kertas resit ada tercatat tiga buku lain yang perlu dipulangkan pada 10 Mei kerana saya telah pinjam pada Ahad 26 April sebelumnya iaitu Di atas padang sejarah (memang ejaan begini), TUJUH dan Kumpulan Cerpen Posmen Dalam Telivisyen. (Saya ada simpan kertas resit ini.)
Ahad 10 Mei, saya ke library hantar tiga buku yang patut dihantar pada hari ini. Staf perempuan India bagitahu saya ada dua lagi buku yang belum hantar dan kena hantar paling lewat Ahad 17 Mei berikutnya iaitu HONK dan Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam Dong. Saya tak pinjam sebuah buku pun pada hari ini. (Saya catat fakta ini dalam diari saya.)
Pagi Ahad 17 Mei, isteri saya guna kereta untuk hadir suatu program di Masjid Batu. Oleh kerana risau dia pulang lewat, saya suruh isteri saya renew tarikh pulang buku dengan menggunakan telefon, dua buku yang sepatutnya saya pulangkan hari ini iaitu HONK dan Selamat datang ke Kedai Buku Hyunam Dong. Dia bagitahu saya melalui telefon tarikh akhir pulang balik buku-buku ini sudah ditukar ke 3 Jun bukan 31 Mei sebab library ditutup dari 31 Mei hingga 2 Jun kerana cuti Wesak, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong dan cuti sehari setiap minggu yang dikhaskan untuk staf PPAPP. Namun, isteri saya pulang waktu tengahari, lalu saya berkereta ke library untuk seperti biasa lakukan aktiviti baca akhbar di hujung minggu. Saya ambil tiga buku baru untuk pinjam iaitu Memoir Seorang Guru karya Azizi Abdullah dan dua novel Jepun yang diterjemahkan, Hari-Hariku di Kedai Buku Morisaki, Satoshi Yagisawa dan Sebelum Kopi Mendingin, Yoshikazu Kawaguchi. Waktu saya ke komputer yang disedia library untuk pinjam buku secara sendiri, seorang perempuan Cina mengalami kesukaran untuk guna barcode scanner lalu bagi peluang saya cuba guna untuk pinjam tiga buku berkenaan. Saya gagal lalu datang seorang staf perempuan Melayu yang saya rasa agak berpangkat sebab sudah lama bertugas di library ini. Dia tolong saya dengan cara jarakkan sikit barcode scanner dari buku. Dia soal: "Betul dah pinjam dua buku?" Dia tanya saya sebab kelihatan nombor 3 walau baru scan 1 buku! Ini berikutan isteri saya sudah renew dua buku guna telefon pagi tadi. Saya jawab, "Ya." (Saya ada simpan foto resit yang muncul di skrin komputer yang saya tangkap dengan telefon saya lalu saya letak dalam WhatsApp selain kekalkan dalam galeri telefon saya.)
Ahad 24 Mei, saya ke library tapi tak pinjam apa-apa sebab kuota pinjaman cuma lima buku dan 2 majalah setiap kali pinjam. Saya dah lama tak pinjam majalah. (Saya catat fakta ini dalam diari saya.)
Rabu 3 Jun, pergi library sekadar untuk pulangkan semua 5 buku buku, termasuk HONK di kaunter pulangan buku. Saya tidak pinjam walau sebuah buku pun hari ini. (Saya catat fakta ini dalam diari saya.)
Ahad 7 Jun, saya ke library dan saya lihat buku HONK yang saya pernah pinjam dulu diletak di rak buku dekat pintu masuk library bersebelahan sebuah novel cinta Islamik dalam Bahasa Inggeris tulisan seorang novelis perempuan Singapura. Hari ini, saya pinjam empat buku baru iaitu Kronikel Sang Kucing Pengembara, Kumpulan Cerpen DBP Malam di Ginza, Kumpulan Cerpen Bayang Sudah Pandai Mengejek dan Kumpulan Cerpen Cerita Sarah Leong. Tarikh pulangan ialah 21 Jun. (Saya ada simpan foto resit yang muncul di skrin yang saya tangkap dengan telefon saya lalu saya letak dalam WhatsApp selain kekalkan dalam galeri telefon saya.)
Ahad 14 Jun, ke library baca akhbar. Tidak pinjam sebarang buku. (Saya catat fakta ini dalam diari saya.)
Ahad 21 Jun, waktu saya pulangkan 4 buku yang saya pinjam 7 Jun lalu, staf Melayu perempuan berkenaan kata ada sebuah buku, HONK belum saya pulangkan sedangkan saya sudah serah buku itu bersama 4 buku lain pada 3 Jun lepas. Dia cakap, nanti dia cek. Saya kemudiannya ke komputer pelanggan pinjam sendiri untuk pinjam empat buku iaitu buku terjemahan, Perihal Palestin yang berisi artikel-artikel tulisan Noam Chomsky dan Ilan Pappe; novel Second Chinese Daughter, Shirley Fung; Kumpulan Cerpen Bingit Kota Raya di Dalam Tubuh Pemuda, Airul Affendi Ali dan Himpunan Cerpen Magis Kota karya ZRA (Dalam resit yang muncul di skrin komputer tertera KUMPULAN CERPEN : MAGIS KOTA.) Sampai rumah, saya terus cek email dalam telefon saya yang saya jarang ambil kisah. Pihak library saya tahu ada hantar notifikasi setelah pelanggan pinjam buku atau majalah. Saya lihat banyak notifikasi membabitkan pelbagai hal termasuk beberapa notifikasi dari pihak library. Namun, ia sekadar dari lama dulu sampai setakat 20 Mei 2026! Ada dua notifikasi dari Facebook yang menghairankan saya: 31 Mar 2026 - Did you just lock in near Shah Alam on a new device? dan 30 May 2026 - Did you just log in near Ulu Choh Village on a new device? Saya tak pernah meninggalkan bumi Pulau Pinang cukup lama. Raya Haji baru-baru ni pun saya tak balik kampung!
Apa la korang dapat dengan buka aplikasi-aplikasi yang saya guna? Bukan ada rahsia apa-apa, malah kalau nak scam saya, saya bukan kaya mana pun!
Comments
Post a Comment