PAS
Masuk PAS dengan masuk Islam samakah? Lagi satu, ramai yang berpangkat seperti mantan pengarah jabatan kerajaan rasanya tak pun dianugerah jawatan tinggi dalam PAS. Pemimpin-pemimpin Bersatu pula, bukanlah terlalu besar pun pengaruh mereka dalam masyarakat. Bersatu, Bersama dan lain-lain parti kecil dalam keadaan tertentu sekadar kacau daun sahaja. PAS nak Bersatu berada di luar PAS untuk pecah undi, bukan? Lagi dua, adakah Hamzah, walau bukan jadi ahli PAS, terbukti berpegang kepada prinsip Islam seperti PAS supaya tidaklah berlaku pertelingkahan suatu masa kelak? Tokoh silam yang masuk Islam zaman Nabi Muhammad SAW berkenaan kekal dalam pasukan pemerintahan negara sampai mati, bukan?
Aku tak dengar sesuatu yang salah datang dari mulut allahyarham Ustaz Fadzil dalam video kat atas ni.
Realiti politik di negara ni kini bukan berkisar mengenai walak sangat kerana semua parti pasti wujud hal "setia kepada pemimpin" bagi mengelak kucar-kacir. Masalah utama ialah pemimpin-pemimpin makan rasuah yang ditolak rakyat juga pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin makan rasuah terbabit. Lihat video kat atas ni.
Boleh masuk mana-mana aliran pun. Tapi, kena la cuci otak mereka berkenaan lepas tu. Gosok PAS, jangan tak gosok! Moga PAS tak kena gosok sebaliknya! Teringat masa aku kecil dulu-dulu awal 1970-an guna berus tembaga bersihkan lantai papan rumah aku.
Tak berapa tepat kenyataan ustaz TITM dalam video kat atas ni! HeHeHe.
Lihat dua video kat atas ni. Betul kata-kata dua pemimpin PAS ni. Serah kepada Allah apabila pihak-pihak tertentu mencela mereka. Selain itu, semua orang Islam perlu elak jadi macam penyangak seperti Khawarij dan lain-lain yang sering menghentam pihak-pihak yang tak sependapat dengan puak masing-masing.
Jangan la janji kalau tak yakin boleh buat. Aku nasihat kat diri aku jugak! Lagi satu, jangan la amal prinsip salah orang lain lebih teruk berbanding salah sendiri. Pelasapah ni pun aku nasihat jugak kat diri aku sendiri! Salah tetap salah. Tak kira kecik atau besar! Lihat dua video kat atas ni. Yang pasti, jangan ikut kata-kata macam dalam video kat bawah ni!
Tak salah bermesyuarat di hotel besar jika ada sebab logik. Lihat video kat atas ni.
Zaman dah berubah, gaya politik pun sama. Namun, jika nak bergabung pun, biarlah ada syarat-syarat tertentu. Lihat video kat atas ni.
1.Lihat dua video kat atas ni mengenai dua sahabat Nabi Muhammad SAW. Betulkah Saidina Umar RA kaki perempuan sebelum masuk Islam? Aku pernah dengar beberapa ilmuan Islam kata beliau di zaman sebelum Islam tak kambus pun anak perempuannya hidup-hidup seperti yang sering dicerita individu-individu tertentu. Saidina Abu Bakar RA pula didakwa pernah jadi peminjam wang yang jahat macam ceti! Betulkah? 2. Ramai betul hentam individu yang kecam para sahabat nabi Muhammad SAW berkenaan tapi tak ramai kecam bila ada orang kata tak betul tentang nabi Muhammad SAW malah pertikai hukum-hukum Allah. Pelik, bukan? Mungkin juga sebab kata-kata salah seorang bertaraf orang alim lebih bahaya daripada ucapan orang awam. Hmmm ...
Ucapan-ucapan mengenai para sahabat nabi Muhammad SAW seperti dalam video kat atas ni bukan berbentuk kecaman.
Betulkah apa yang dikata TITM salah? Budak ni tak bagi jawapan balas yang kukuh di segi fakta melainkan bidasan berbentuk retorik.
Dr M seorang tokoh hebat sehingga banyak pihak yang sebelum ni musuh politiknya kini menjadi kawan. Beliau tentu pernah melakukan beberapa kesalahan besar sewaktu memerintah negara ini dulu tapi demi kepentingan politik semuanya dilupakan.
Comments
Post a Comment