PAS
Suatu grup kena tunjuk fakta-fakta terhadap dakwaan bahawa PAS tak betul dalam hal-hal membabitkan ajaran Islam begitu juga suatu grup lagi kena tunjuk fakta-fakta terhadap dakwaan yang DAP telah buat tak baik terhadap orang-orang Melayu dan Islam.
Individu dalam video di atas video kat atas ni menyatakan kerjasama politik PAS dengan pihak-pihak lain adalah seperti yang Nabi Muhammad SAW pernah buat dulu-dulu. Dalam video kat atas ni pula ada pihak pertikai sama ada parti-parti politik bukan PAS terbabit bersetuju dengan hasrat PAS memerintah negara cara Islam seperti taknak judi dan lain-lain. Persoalan aku, adakah pihak atau pihak-pihak yang bekerjasama dengan Nabi Muhammad SAW dulu-dulu tu juga dipertikai pihak atau pihak-pihak lain kerana baginda tentulah mahu tegakkan Islam dalam semua bidang di suatu masa selepas era kerjasama berkenaan. Mufti-mufti, ulama bukan PAS atau ulama berkecuali dalam hal politik sila hurai secara akademik kerana tentu ramai nak dengar dan nak faham mengenai sebarang kaitan zaman Nabi Muhammad SAW dengan persoalan politik Malaysia lani. Pemimpin-pemimpin tinggi PAS lain pun patut ulas meskipun tak begitu sesuai kerana masing-masing berada di pihak yang sama dengan individu dalam video di atas video kat atas ni.
Ucapan yang penuh jenaka diselit nasihat. Lihat video kat atas ni. Sebenarnya, sekitar pertengahan 1990-an, aku sering juga berbual dengan ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen PAS termasuk Ustaz Bunyamin. Mereka kebanyakannya serius bila bersama aku. Mungkin untuk elak terlepas cakap mengenai hal-hal sensitif di depan aku yang bertugas sebagai wartawan. Namun, kebanyakannya suka sangat belanja aku makan meskipun mereka sendiri bukan kaya. Al-Fatihah aku baca buat mereka yang sebahagiannya telah kembali kerahmatullah.
Islam ni bukan kira Kelantan, Putrajaya atau Sabah. Dia bukan kira PAS, PKR atau Umno. Islam ni semua orang Islam kena laksana mengikut keupayaan dan bidang kuasa masing-masing. Lihat video kat atas ni.
Hmmm. Nak puji pun biar berpada-pada. Lihat video kat atas ni.
Mamat dalam video kat atas ni dia punya labun boleh tahan! Moga dia boleh faham apa anak Tok Mat dalam video atas video dia ni cakap!
Lihat dua video kat atas ni. Yang mana satu nak cuba buat? Nak letak orang Umno jadi PM atau nak lanyak UMNO pada PRU16?
Sekadar contoh. Lihat dua video kat atas ni. Semua pemimpin PAS kena bercakap macam ni sama ada dalam atau luar Dewan Rakyat juga Dewan Undangan Negeri. Sekarang ni, mereka berkenaan kelihatan asyik bercakap mengenai konflik dalaman PN. Majoriti orang awam bukannya perlu ambil kisah sangat tentang hal-hal percakaran pemimpin-pemimpin politik yang takdak kena mengena dengan kami!
Orang Kelantan pun orang jugak, mereka terbabit bukan malaikat. Namun, Islam bukan kat negeri ni ja. Satu Malaysia, satu dunia. Kita tak boleh kawal satu dunia, tapi satu Malaysia kita boleh kawal. Jadi, bukan sahaja bila berlaku di Kelantan dikira salah, bila di tempat lain tak pulak diambil tindakan seperti ini!
Boleh tahan jugak kritikan ustaz dalam video kat atas ni. Ulama Terengganu kena la bagi jawapan untuk mencerahkan keadaan.
Bab maki, aku tak suka sapa-sapa yang cakap termasuk aku yang kadang-kadang terlepas sebut benda-benda tak baik. Tapi, bab kebenaran, aku suka sapa-sapa pun yang cakap. Lihat dua video kat atas ni. Namun begitu, takat paku 5 inci tak hebat mana pasai nanti orang lain guna paku gertak langsung tak bergerak. Lori balak lalu pun tak goyang! Gertak ni selain makna ugut, orang kampung aku maksudkan jambatan lintas sungai yang dibuat daripada papan tebal. Bagi yang selesa bercakap loghat Kuala Kangsar, orang kampung aku yang berkenaan akan sebut gerotak dengan huruf r tu disamakan dengan bunyi ghain dalam huruf jawi.
Sesuatu yang kelihatan gonjeng! Dulu Muhyidin letak jawatan maka tentulah mau tak mau kena ganti seseorang. Sekarang, PAS taknak kawan Bersatu tapi Bersatu masih boleh duduk dalam rumah PN sebab jika nak halau Bersatu difahamkan PERLU majoriti daripada semua parti politik yang menjadi penghuni dalam rumah PN tu setuju berbuat demikian! Dalam situasi terkini, macam-macam hal boleh berbangkit pulak. Takkan nak selesai di mahkamah! Jika masuk mahkamah pun, berapa tahun kes ni nak selesai? PRU16 dah dekat! HARU BETUL. Sepatutnya, lebih mudah, PAS umum tinggalkan rumah PN dan buat kerjasama baru dengan puak Hamzah dan beberapa parti lain. Kenapa taknak buat camni? Adakah kerana PAS yang mengusahakan penubuhan PN?
Macam-macam hal cucu TGNA ni. Lihat tiga video kat atas ni.
Kes Tabung Haji dah reda, kes Felda mula kalut sekarang, takkan kes derma seperti dicerita dalam video kat atas ni pun nak juga dikitar semula?
Lihat video kat atas ni. Hmmm ... lain macam adik ni. Semoga sentiasa sihat. Aaamiin. Seorang lagi, tapi lelaki yang kelihatan waras, cuba buat ulasan mengenai PAS yang aku dapati tak tepat, malah tersasar. Lihat video kat bawah ni. Isu hutang ustaz TITM tu difahamkan tak betul. Jika beliau tak bayar sewa pun, pemilik premis tu la yang sepatutnya saman ustaz TITM! Mengenai hutang Harakah pula, kes ni masih dalam perbicaraan di mahkamah. Kata suka selesai dengan cara saman seperti kes ustaz TITM tadi! Lagipun, jika betul Harakah ada hutang berkenaan pun, dipercayai individu atau individu-individu terbabit kini bukan lagi menguasai pengurusan Harakah. Mengenai pengampunan Agong, memang di segi perundangan nama PMX kembali bersih. Namun, kes beliau adalah seperti penyamun wang gaji yang mendapat Pengampunan Agong sedikit masa dulu. Kes samun bersenjata tu terbukti benar-benar berlaku, bukan?
a
Hmmm ... macam sama ja ceramah dua penceramah dalam dua video kat atas ni. Malas nak ulas kerana takdak sapa pun, khususnya orang awam, boleh secara semberono kata hang kafir. Namun, takkan mereka tak faham batas kufur dan iman?
Perbezaan pendapat bukan penyebab untuk seseorang atau kelompok mengkafirkan seseorang atau kelompok lain melainkan ia bertentangan dengan al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW.. Lihat dua video kat atas ni.
Walau dipalit kontroversi, ceramah beliau juga diselit dengan penjelasan yang bernas. Lihat video kat atas ni.
Comments
Post a Comment