AMERIKA SYARIKAT
Bila orang putih sebut politik identiti, ramai pula antara ahli politik kita bagi alasan kalah PRN baru-baru ni kerana perkara sama sedangkan politik identiti di sana tak berapa serupa dengan apa yang berlaku di sini. Wakil Islam - aku tak pasti sama ada aliran Suni atau Syiah - telah dipilih pada pilihan raya di Michigan. Beliau orang Islam pertama menang pilihan raya untuk ke Dewan Senat, kalau kat sini nak masuk Parlimenlah! Beliau menewaskan seorang calon wanita yang merupakan penyokong tegar Zionis. Dengar apa Vance kata bila mengulas kemenangan El-Sayed! Dalam keadaan lain cuba jengok kat medsos untuk tahu apa yang berlaku di Palestin dan sekitarnya. Aku letak kat sini dua video mengenainya. Nampak tak? Faham tak? Apa yang disebut perwakilan Arab berkenaan pada mesyuarat menteri negara-negara terbabit. Pada masa yang lebih kurang sama, penduduk Palestin beramai-ramai berarak untuk mengebumikan ratusan jenazah yang telah dibunuh tentera Zionis. Tak malukah pemimpin-pemimpin Arab berkenaan merayu pihak ketiga mendamaikan sengketa antara mereka dengan entiti haram Israel? Berpuluh-puluh tahun ulang kenyataan sama sedangkan seorang Islam di Amerika Syarikat telah berjaya dipilih untuk menjadi calon Dewan Senat! Yang pasti, pemimpin-pemimpin kerajaan pusat di Malaysia sekarang ni hentilah bercakap macam Vance tu kerana ramai orang awam meluat. Ulasan Trump yang buat-buat tak faham perbezaan pandangan El-Sayed terhadap orang-orang Yahudi dengan rejim Zionis entiti haram Israel lagilah memualkan.
Comments
Post a Comment