POLITIK MALAYSIA 


















Betul. Demokrasi jauh berbeda dengan cara Islam. Lihat video kat atas ni kemudian lihat video di atasnya. Bercerita mengenai perkauman. Orang-orang di bawah tiada masalah sangat! Orang-orang kat atas yang kononnya memperjuangkan kesaksamaan dan lain-lain tu yang ramai bermasalah. Contohnya, dalam hal ekonomi, siapa atur siapa dapat projek, siapa lulus sebarang permohonan dan lain-lain tu? Dia yang konon pertahan Melayu tapi bagi laluan mudah kepada bukan Melayu, bukan?









Beliau tak sepatutnya cakap macam ni sebab beliau seorang pemimpin negara Islam. Lihat video kat atas ni. Lagi satu, Bahasa Indonesia tu sebenarnya asalnya Bahasa Melayu seperti mana yang boleh diguna di Selatan Thailand, Singapura, Brunel dan lain-lain tempat. Dah guna beribu tahun dah! Oleh tu, tak perlu tukar loghat. Pemimpin-pemimpin Indonesia mana ada tiru loghat kita bila mereka berkenaan bertutur di Malaysia. Boleh ja selit perkataan-perkataan yang mereka berkenaan mudah faham seperti mantap, lestari dan lain-lain untuk memesrakan suasana. Tapi, jangan lebih-lebih! Selama ni, lirik lagu Iklim, Search, Exist dan lain-lain ditukar ke perkataan gaya Indonesia untuk pasaran Indonesia. Takkan segalanya nak tiru. Mana jati diri kita? Lihat video kat bawah ni pulak!





Beliau dalam video kat atas ni orang jenis beradab. Namun, bila dia kata kat orang-orang yang kata kat kawan beliau, beliau kena dengar dulu apa yang kawan beliau pernah kata. Nanti, orang-orang yang tak suka kawan beliau tu akan kata beliau ni penjilat pula! Kat bawah ni, bekas pengkagum kawan beliau tu anggap kawan beliau tu GILA! Aku sendiri suka cakap cara berbudaya walau kadang-kadang terucap atau tertulis perkataan tak cantik sebab panas hati!





















Semasa jadi pembangkang kata macam-macam kat kerajaan tapi bila jadi kerajaan kata macam-macam pulak kat pembangkang. Sepatutnya, sebagai pihak mewakili kerajaan, beliau dan yang lain-lain sekadar jelaskan apa yang kerajaan buat untuk kebajikan rakyat. 











Malaysia dan Filipina kongsi beli atau Malaysia beli kemudian jual tengah laut kepada Filipina?  Jika syarikat di Malaysia proses minyak dibeli dari luar negara kat Malaysia maka minyak ke Filipina tu minyak Malaysialah, bukan?








Masa aku duduk asrama dulu-dulu, akhir 1970-an hingga awal 1980-an, lani aku taktau, setiap pagi Ahad selalunya ada "inspection." Kemas katil, kilatkan kasut kulit hitam, pakai baju sekolah bersih. Sapu lantai dorm dan koridor manakala ruang basuh kain, bilik sidai kain dan seluruh bilik air juga perlu dibersihkan mengikut jadual. Hari ni hang sapu sampah, minggu depan atau berikut-berikutnya kena la cek jamban! Yang bengang jika ada tandas tersumbat. Mengerikan! Tapi, biasanya, semuanya okey.




Siapa la jadi penasihat. Harga minyak kat negara-negara Arab dan negara-negara lain naik sebab tempat simpan minyak di beberapa negara Arab dah Iran bom, kapal tangki minyak pun ada diserang Iran selain Selat Hormuz disekat Iran. Minyak kat Timur Tengah mendadak kurang sebab tu kapitalis kat serata pelosok dunia naikkan harga minyak. Orang-orang yang didakwa bodoh tu tahu! Lihat video-video kat bawah ni.






















Serabut! Siapa betul, siapa salah? Masa akan menentukannya, insya-ALLAH. Lihat beberapa video kat atas ni.








Santai bagus tapi dah jadi macam sembang kat kedai kopi. Hang kata kat aku, aku kata kat hang! Lihat video kat atas ni.




Lihat tiga video kat atas ni. Bukan buka lagi banyak pasaraya atau pasarmini tapi pastikan pengedar turun harga barang khususnya sektor kedai runcit sehingga ke ceruk kampung. Bukan tambah syarikat pengangkutan tapi buat sesuatu sistem yang membolehkan tambang diturunkan atau pastikan mod pengangkutan beroperasi mesra pekerja. Contohnya, awalkan jadual tren pagi dari utara ke Penang Sentral supaya mereka yang bertolak dari Sungai Petani dan lebih jauh dapat tiba sekitar 8 AM lalu mereka sempat masuk kerja. Jadi, penggunaan minyak untuk kenderaan sendiri boleh disusutkan manakala kesesakan lalu lintas berkurangan. Difahamkan, ramai dah bertahun sewa bilik di Seberang Jaya dan sekitarnya, tinggalkan anak-anak dan isteri, kerana duduk di Kedah tapi bertugas di Pulau Pinang, demi elak kos pengangkutan yang terlalu besar dan masalah jadual kerja. Bab politik kepartian tolak ke tepi dulu!



Ramai lagi individu yang layak jadi PM. Semua orang tentu faham bahawa dasar negara dan segala macam bukan sekadar dirancang  dengan menggunakan otak seorang manusia bergelar PM sahaja.


 


Comments