POLITIK MALAYSIA
Mamat kat atas ni baru keluar gua! Aku pun tak suka orang maki atau mencarut walau aku kadang-kadang tercakap kasar juga. Masalahnya, PMX pun pernah kata: bangang, bodoh dan lain-lain. Makian mampus tu pun berkajang dia pernah kata sejak dulu-dulu kat PAS dan pihak-pihak lain! Malah, seorang pemimpin besar pernah sebut PAS pelacur! Oleh tu, kalau nak salahkah seseorang cakap kasar, marahlah semua yang mencarut dan maki, bukan kat seorang ja! Untuk perhatian semua, kata babi kat orang tak teruk mana kerana kita ni orang jadi kenapa kita nak kisah orang kata jenis binatang apa-apa pun kat kita? Tapi, pelacur tu orang, kaki sakau tu orang, maka lagi teruk ungkapan-ungkapan semacam ini sebab tuduhan berkenaan logik. Begitu juga bodoh dan bangang! Taktau la kalau mamat kat atas ni tak kisah orang kata dia bodoh atau bangang!
MIC nak masuk PN? Jika pengerusi PN Muhyidin atau Hamzah pun MIC masih sukar menang 1 kerusi jika masuk PN! Nak dapat jawatan menteri percuma tu cerita lain jika masuk PN dan PN berjaya kuasai pemerintahan Malaysia kelak.
Kat Indonesia pun ada ahli politik kelakar. Lihat video kat atas ni.
KJ sebenarnya kata kat dia sendiri! Dia tak sedar diri. Dia tak macam lelaki gagah dalam video kat bawah ni: "Hang menguit ja aku belasah!"
Video-video kat atas dia dan kat bawah dia ni babit kes rasuah. Nak bodek pun biarlah berpada-pada!
Abaikan bahasa kasar dalam video kat atas ni tapi lihat intipatinya. Yang jelas, PAS sekarang ni kelihatan terpaksa pilih salah satu pemimpin yang bertelagah berkenaan. PAS tak salah kerana realiti politik menyebabkannya kena buat macam ni.
Kes viral seperti empat video kat atas ni nampak ja kecil namun perlukan jawapan! Aku bagi contoh mengenai masalah hilang punca pendapatan: Seorang rakan grup WhatsApp bekas sekolah menengah aku yang satu batch telah bagitahu aku yang dia tak boleh buka akaun bank untuk minta bantuan jabatan kebajikan setelah dia disenarai hitam sebab gagal lunas pinjaman peribadi sebanyak kira-kira RM15,000. Mungkin dia guna duit pinjaman tu untuk kos pembedahan dan selepas tu dia tidak mampu bayar secara bulanan kerana tidak dapat terus bekerja ekoran dia terpaksa guna kerusi roda. Dia rupanya menghidap kencing manis sejak zaman kami sekolah pada era 1970-an lagi. Aku tak tahu pun walau kami sama-sama main hoki pasukan sekolah semasa kami Tingkatan 3, dia penjaga gawang manakala aku pemain simpanan. Aku cakap kat dia nanti aku minta tolong kawan-kawan dalam grup WhatsApp kami tapi dia bertegas tak bagi aku beritahu mereka. Dia minta aku tolong usaha bagaimana nak membolehkannya dapat bantuan jabatan kebajikan kerana dia juga perlu duit untuk belanja anak sulong yang baru masuk universiti dan anak bongsunya yang masih di Tingkatan 4. Isterinya pula sekadar meniaga gerai tepi jalan yang tidak cukup untuk menyara seisi keluarga. Diam-diam, aku yang tiada cara untuk menolongnya - aku sendiri tidak bekerja tetap dan tak punya banyak wang - telah hantar mesej kepada seorang kawan yang boleh dipercayai untuk simpan rahsia malah terus bercakap secara berdepan dengan seorang lagi. Kedua-duanya bagitahu aku, "Sebelum ni, kawan-kawan tolong dia dah!" Aku cuba perjelas mengenai masalah rakan kami tu kena senarai hitam tapi tiada perkembangan baik selanjutnya mungkin mereka berdua pun bukan punya punca wang yang banyak. Aku tak cuba hubungi kawan-kawan lain termasuk yang perempuan kerana teringat pesan rakan yang bermasalah tu yang taknak kawan-kawan tahu mengenai masalah yang dihadapinya. Tidak lama kemudian, anak sulongnya hantar mesej ke grup WhatsApp kami guna henfon bapanya, mengatakan ayahnya telah meninggal dunia. Aku sangat sedih walau dia bukan rakan kamceng aku masa sekolah kerana terkenang-kenang taipan mesej WhatsApp terakhirnya kepada aku yang aku tak tahu nak taip balas macam mana. Mesejnya membayangkan dia dah hilang harapan! Al-Fatihah. Berbalik kepada sesiapa pun Adun yang terbabit dengan masalah seperti yang aku ceritakan ini, mereka boleh usaha bantu melalui rangkaian politik masing-masing atau bawa kes semacam ni ke DUN untuk dibahaskan supaya masalah seperti dialami arwah rakan aku tu mudah ditangani.
Comments
Post a Comment