PAS
Pelik jika ada pemimpin PAS kata biar ekonomi pihak lain laksanakannya kerana semua adun dalam DUN atau semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat tu kena bincang mengenai Belanjawan Negeri atau Belanjawan Negara! Sebut nama pemimpin PAS terbabit - jika betullah individu tu ada - supaya pihak tertentu boleh bagi "tazkirah." Begitu juga pihak yang didakwa pegang kayu berkenaan. Sebelum ni, aku pernah dengar cerita mengenai satu kumpulan ajaran sesat kat Taiping, Perak yang buat perangai semacam tu, pesan kat malaikat supaya tidak menyiksa ahlinya yang baru ja dikebumikan.
Kelakar! Seorang pemimpin DAP beriya-iya bagi tazkirah kepada pemimpin-pemimpin PAS!
Mungkin individu-individu berkenaan guna duit simpanan. Gaji mereka bukan kecil. Mungkin potluck!
Kritikan terhadap PAS yang kongsi perintah Malaysia dengan beberapa parti politik lain dulu ni tak berapa padu. Lihat video kat atas ni!
Takdak masalah belajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain kat luar negara. Nak tambah lagi tempat belajar - tak semestinya kena bina universiti baru - di dalam negara pun boleh jika cukup tenaga pengajar bertauliah. Yang paling utama, peluang kerja selepas tamat belajar mencukupi. Lihat video kat bawah ni mengenai isu-isu lain membabitkan para doktor.
Orang dalam video kat atas ni cakap berbelit-belit. Bahasa mudahnya beliau pada aku bermaksud begini: "PAS nak masak mi kari tapi mangkuk takdak bila nak hidang. Pinggan ja yang ada. Sudu garfu belum beli sebab selama ni makan nasi ja! Cawan kaca pulak semua dah pecah, manakala gula, teh dan kopi dah habis!"
Tak perlu apologetik sangat dalam hal hukum dan amalan Islam. Cerita ja tentang keburukan judi, arak, dadah, seks bebas, curi, rasuah dan lain-lain secara umum. Lihat video kat atas ni.
Rafizi tang ni dah mengarut. Semua anak aku masuk Pasti. Yang bongsu tu tak cukup umur pun dah isteri aku minta masuk juga. Yang kedua tu walau tak masuk tahfiz tapi boleh hafal Yasin dan lain-lain. Sekarang dia kat USM. Adik dia kat UUM. Kakak mereka pernah belajar ITM. Kemiskinan? Sabah sebagai contoh adalah negeri kaya hasil balak. Rakyat dia tak semua kaya. Ramai miskin. Siapa perintah Sabah? Masalah kemiskinan ni disebabkan pengagihan hasil negeri tak seimbang. Kalau seimbang, orang-orang Sabah akan berada di paras hidup sederhana sekurang-kurangnya. Kelantan dan negeri-negeri lain pun begitulah juga! Lagi satu, yang bijak-bijak ekonomi ramai juga dalam PAS dan mungkin Rafizi gagal berbicara dengan mereka!
Kisah isu dalam video kat atas ni semua orang faham. Kenapa pihak PAS perlu pertikai?
Kritikan ustaz dalam video kat atas ni ada juga kebenarannya. Lagipun, banyak negara lain berjaya jadi maju walau tak utamakan Bahasa Inggeris. Namun, pada aku, bahasa ketiga selepas Bahasa Melayu dan Bahasa Arab seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Sepanyol dan lain-lain sepatutnya boleh dipilih berdasarkan minat seseorang pelajar sekolah agama setelah berada di peringkat usia sama dengan mereka yang di sekolah menengah kerajaan. Selama ni pun, kebanyakan warga Malaysia sekurang-kurangnya belajar Bahasa Inggeris sejak tadika sampai sekolah menengah kerajaan tapi aku percaya lebih separuh daripada warga Malaysia, termasuk aku, berasa tak begitu selesa untuk menggunakannya dalam majlis rasmi bersama warganegara luar.
Katanya konsert punk ni dianjurkan di Kelantan sekitar awal 2026. Lihat video kat atas ni.
Pandangan ustaz dari Indonesia dalam video kat atas ni bagus. Namun, dalam hal memilih pemimpin di musim pilihan raya di negara kita ni, aku menghormati pandangan TGNA. Begitupun, aku sendiri insya-ALLAH takkan terima sesuatu sumbangan daripada pihak parti lawan jika si pemberi kata: "Kau kena undi aku setelah ambil barangan atau duit ni." Sebenarnya, budaya bagi kain batik, kopi, gula dan lain-lain dah jadi kebiasaan sejak lama dulu. Era 1970-an, aku masih ingat, mak aku diberi kopi dan gula oleh pihak parti lawan mungkin sebab dah ada peruntukan sebegitu. Mak dan ayah aku adalah pengundi tegar parti pembangkang. Namun, di luar musim pilihan raya, ayah aku seperti semua pesawah lain akan dapat bantuan benih padi dan baja. Selain itu, ayah aku turut terima bantuan kerajaan melalui Skim Kerbau Pawah dan macam-macam lagi. Dalam pada tu, aku masih ingat, aku masa tu kanak-kanak, aku bonceng manakala ayah aku kayuh basikal ke suatu kawasan di Kampung Batu Hampar Dalam untuk lihat sebidang tanah yang ayah aku dan beberapa orang lain teroka. Ayah aku seorang yang garang dan tiada masalah untuk bergaduh pakai parang panjang. Tapi, beliau kali ni tenang apabila lihat bahagian kawasan tanahnya telah ditanam sayur. Ayah sekadar kata, jom balik! Tiada nada marah. Mungkin kerana ayah kesian kepada individu berkenaan yang dah tentu tiada tanah. Seorang pegawai daerah pernah nak peruntukkan sebidang tanah bendang dekat Teluk Anson. Ayah tak terima dengan alasan mak aku taknak pindah ke sana sedangkan kami cuma ada kawasan kecil yang kini merupakan tanah rumah kami di kampung. Sekeping tanah kebun getah milik mak aku telah dijual, manakala sebidang lagi tanah tokwan aku beli tanpa tukar nama pemilik asalnya sejak berpuluh-puluh tahun lalu dipalit kontroversi sehingga kini! Al-Fatihah untuk arwah ibu dan ayah aku, juga tokwan.
Wow! Lain macam dah ni. Mungkin juga perang saraf guna AI! Tapi, pada aku, kritik pemimpin takdak masalah. Tapi, tak berapa cantik jika cakap lagu ni. Aku kat sekolah rendah dulu ramai kawan sedarjah orang utara termasuk berasal dari Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, selain Banjar, Malabari dan Perak. Biasanya, orang Kedah cakap kuat dan kasar berbanding keturunan lain. Masa sekolah menengah pun sama dengan tambahan kawan dari Sabah dan Sarawak selain berketurunan Jawa. Namun, dah macam nak gaduh jika cakap seperti dalam video kat atas ni!
Comments
Post a Comment