ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM 

Baru berlatih agaknya. Sebab tu tunggang langgang! Lihat video kat atas ni. 














Saya bersetuju dengan kata-kata ilmuan Islam dalam video kat atas ni. Yang betul tetap betul, yang salah tetap salah!

















Hal mengutuk pemimpin-pemimpin Islam zaman dulu-dulu, malah sekarang, seperti diucap dalam beberapa video kat atas ni aku tak setuju. Dalam bab Syiah memerangi entiti haram Israel dan Amerika Syarikat yang bertindak kejam terhadap orang-orang Islam aku terima. Lepas ni, kalau nak bergaduh besar kembali Sunni-Syiah dek kerana ada pihak masih tak puas hati terhadap sengketa berpanjangan yang dah berlaku sejak beribu tahun lampau, penilaian hal sokongan kat sapa pulak tu nanti tentulah berlainan sebab suasana jadi berbeda. Namun, yang penting orang-orang Islam kena elak berperang sesama sendiri hanya sebab dapat bantuan seperti duit, senjata dan sokongan moral dari musuh utama kita iaitu Amerika Syarikat dan entiti haram Israel seperti yang terjadi di Syria di bawah pemerintahan Regim Assad dulu. Lihat video kat bawah ni!























Islam ikut tafsiran aliran dia ja betul! Bijak tapi tak boleh diikut! Lihat video kat atas ni!

Keras sangat pandangan dalam video kat atas ni. Pada aku, kita tolak amalan-amalan aliran-aliran lain yang salah habis-habisan tapi terima pendapat mana-mana aliran lain yang betul. Begitu juga, kita pertahan pandangan kita yang betul habis-habisan tapi tolak amalan-amalan kita yang terbukti salah. Bab kecil seperti baca qunut atau berapa rakaat solat tarawih pada aku ikut ja amalan tempat berkenaan. Tak perlu kecoh-kecoh seperti dua video kat bawah ni.




















Apa masalah ambil dari kitab Syiah sekalipun jika fahaman berkenaan betul. Ulama Sunni zaman dulu pun ramai belajar dengan ulama Syiah, bukan? Begitu juga, apa masalah cara mengenal Allah tak sama cara para sahabat Nabi Muhammad SAW jika ilmu berkenaan diajari ulama berwibawa? Adakah beliau berasa hanya ulama ikutannya yang benar? Ilmu Islam sangat luas lalu kenapa disempitkan dalam hal perbezaan pendapat yang tak menyalahi al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias? Lihat video kat bawah ni pula. TGHA bagitahu masalah yang berlaku di Arab Saudi sekarang. Berapa ramai ustaz lulusan dari sana yang bangkit bercerita mengenai keperluan menangani masalah yang mengikis kemurnian Islam ini?








Nasihat kepada diri aku sendiri dan sesiapa saja. Lihat video kat atas ni.






Biar betul! Tak pernah aku dengar cerita Nabi Adam AS seperti diucapkan dalam video kat atas ni.



Comments