KATA-KATA BERFALSAFAH 
















Aku dulu pernah pakai baju dan seluar abang aku yang telah habis belajar sekolah menengah. Cikgu pendidikan jasmani tegur: "Awak miskin sangat ka!" Kemeja lengan pendek tu dah tak nampak putih bersih, manakala seluar panjang hijau yang luntur warna pula ada sambungan tak sama kepekatan warna kat bahagian bawah kaki sebab pendek. Aku tahan perasaan bengang dan janji: "Cikgu, nanti cuti penggal saya tempah seluar baru." Aku sekolah asrama penuh yang turut perlu duit untuk beli macam-macam. Famili aku bukan kaya, aku taknak menyusahkan ibu bapa aku. Namun, balik kampung cuti penggal berikutnya aku dan ayah aku ke pekan Beruas, tempah dua helai seluar kat kedai seorang wanita tua Cina. Bentuknya seperti seluar John Travolta dalam filem Grease yang popular pada hujung 1970-an. Aku tak pasti sama ada harganya RM28 sehelai atau dua-dua sekali. Yang pasti, aku tetap pakai dua seluar tu sampai tamat sekolah menengah walau pinggang aku sakit sebab makin lama makin ketat. Sekarang aku dah berusia 61 tahun. Semasa sekolah menengah atas hingga umur 20-an berat aku sekitar 60 kg, baru kawin pun sama, tapi sekarang sekitar 80 kg lebih. Takdak siapa nak larang jadi aku kini tetap pakai seluar-seluar lama aku yang dah lebih 5 tahun aku beli. Namun, aku sendiri jahit dengan ubah kedudukan tempat cangkuk besi atau butang kat pinggang bila aku rasa terlalu ketat. 

3:56 17 Januari 2026. Selamat Hari Lahir buat aku sendiri. 

Nota aku: Sepanjang hidup aku sampai sekarang aku tak pernah sambut hari jadi dengan kek, dengan lain-lain makanan, dengan nyalaan lilin bagai. Ada atau takdak ucapan dari kawan-kawan atau ahli-ahli keluarga pun aku tak berapa kisah. Buya Hamka, selain tak benar ucap Selamat Hari Natal, beliau difahamkan tak suka sambut hari jadi. Beliau dulu sanggup letak jawatan babit kementerian agama Indonesia kerana tak setuju ucapan untuk raya agama lain. Beliau tak sambut hari jadi kerana tarikh lahir yang dirayakan ini sebenarnya membuatkan kita makin hampir ke tamat usia, jadi kenapa perlu bergembira? Aku suka sederhana dalam semua hal. Namun, aku tetap ucap terima kasih kepada sesiapa yang ucapkan kalimat Selamat Hari Lahir kepada aku.










Sebenarnya, ramai lagi manusia hebat dari negara-negara lain seperti Tanah Arab malah Afrika yang tak didedah kepada kanak-kanak dalam video kat atas ni.









Dalam menjalani hidup di atas bumi ni, setiap orang perlu reda di atas ketentuan Allah - kaya atau miskin, senang atau sukar dan lain-lain situasi. Selain itu, tak perlu keterlaluan kata seseorang tu jahat bila kita lihat dia melakukan sesuatu kejahatan kerana kita yang sekarang berkelakuan baik belum tentu berakhir dalam kebaikan di hujung usia. Boleh saja benci terhadap sebarang perlakuan buruk yang dilakukan seseorang tapi jangan benci terhadap batang tubuh insan terbabit. Lihat beberapa video kat bawah ni yang mempamerkan sisi baik mereka yang bertugas sebagai wartawan, ahli politik, petugas badan kebajikan dan lain-lain bidang. Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Aaamiin.










































































Comments