POLITIK MALAYSIA
Ramai orang - aku pun sama - boleh terpengaruh dengan cerita palsu dalam medsos. Oleh itu, selidik betul-betul terutama mereka yang rajin buat "content." Berkenaan pusat karaoke ala Arab seperti dalam video kat atas sekali tu, pada pandangan aku takdak masalah jika ikut peraturan tertentu. Namun, aku tak setuju disediakan tempat merokok.
Video kat atas ni disiar pada 28 Dis 2025. Siapa benarkan anjing dibawa masuk pasaraya? Siapa pula bakal sekat amalan mangkuk ayun ni kelak? Hanya jenis tak terpakai yang buat political maneuver camni! Bodoh sangatkah sampai tak faham makna kedaulatan Islam? Aku masa kecil dulu selain kerbau, kambing, itik, ayam dan kucing turut bela anjing yang ayah aku segera rantai kat bawah rumah apabila nampak ada tetamu datang tapi dia tak kencing atau berak di situ atau di laman! Aku awal 1980-an duduk di Amerika Syarikat. Semua tuan rumah yang aku pernah sewa di sana bagitahu aku dan kawan-kawan bahawa kami tak boleh pelihara anjing dan kucing. Ikan dalam akuarium tu boleh. Dan, takdak sapa bawa binatang kesayangan khususnya anjing masa beli barang runcit kat Kroger! Apa kejadah sebabnya pengusaha pasaraya kat Malaysia terbabit bersikap lebih sudu dari kuah? Ada yang kata, orang Melayu pulak tu, toksah pi sebab memang pasaraya berkenaan dibuat untuk orang-orang bukan Islam ja! Ini pun seorang lagi mangkuk ayun! Takkan nak kata jugak: "Toksah pi la pusat GRO dan kedai judi. Itu untuk orang-orang bukan Islam." Perkataan KEDAULATAN ISLAM tak faham ka?
Cikgu dalam video kat atas ni ajar cara guna ialah dan adalah. Beliau sebut nama seorang bekas PM yang mungkin masa beliau mengajar ni tengah memerintah Malaysia. Apa-apa pun, kita kena cuba biasakan guna ungkapan yang betul ketika bercakap tambah-tambah lagi semasa menulis.
Comments
Post a Comment