Pilihan raya Sabah 2025
Pilihan raya ke-17 ni bakal menentukan hala tuju pemerintahan Malaysia selepas PRU16. Tak gitu?
Cakap wanita dalam video kat atas ni sedap manakala fakta mengenai bilangan kerusi betul. Namun, kelakar sebab takkan tak nampak perpecahan pemimpin-pemimpin Sabah sampai berbelas calon bertanding sesama sendiri? Yang terpalit atau ahli keluarga mereka terpaksa hadap tuduhan jenayah kat mahkamah pun ramai! Pendek cerita, para pengundi boleh saja cuba undi PAS kali ni demi mengubah budaya politik tak bagus yang diamal pemimpin-pemimpin terbabit selama ni. Tak cuba taktau!
Orang zaman dulu dah guna kaedah ROTI & SIRKUS. Biarkan mereka berkenaan yang masih cuba alih perhatian para pengundi. Malah, banyak fitnah mungkin muncul lagi! Moga Allah lindungi anda daripada sebarang keburukan. Apa-apa pun yang terjadi, anda perlu kekal fokus!
Budaya bagi kopi dan gula dah berakar umbi sejak dulu. Masa aku kecil era 1970-an, ia dibungkus dalam lipatan kertas surat khabar lalu diberi kepada orang kampung aku pada hari mengundi. Ikut pandangan aku, bagi makanan macam dalam video kat atas ni pun tak salah asal tidak paksa orang kampung undi seseorang calon.
Cara bidasan tentang roti free oleh TGHA betul. Dan, PN perlu terus perjelas isu tempatan seperti pemimpin-pemimpin yang ramai terbabit dalam kes rasuah sehingga kepentingan orang awam terabai. Insya-ALLAH PN khususnya PAS mampu buat kejutan.
Tak perlu ikut cara sujud kaki orang lain, ini adat orang Siam, tapi cuba banding perbuatan mereka berdua ni dengan perlakuan pihak berkenaan dalam sebuah video sebelumnya.
Wow! Aku tak berkenan cara kempen macam ucapan dalam video kat atas ni.
Comments
Post a Comment