ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM
Pandangan beliau terhadap golongan berkenaan ada kewajarannya. Lihat video kat atas ni. Amalan dalam Islam padaku mudah dan aman. Tak perlu berkeras bahawa cara kita saja yang tepat ikut Nabi Muhammad SAW. Setiap aliran punya kaedah ulama masing-masing yang perlu dihormati.
Aliran dalam Islam ni macam-macam. Aku letak di sini pelbagai video untuk aku faham mengenainya. Bukan berniat untuk melaga-lagakan sesama orang Islam. Namun, kadang-kadang aku terasa teruk sangat pertengkaran Wahabi yang turut mengaku Salafi dengan pihak yang mengaku Aswaja. Perbezaan pendapat-pendapat 4 mazhab utama di zaman sekarang mengikut kefahaman aku pun tak seteruk ini. Kata TGNA, sampai kiamat tetap ada perbezaan-perbezaan pendapat. Oleh itu, orang-orang agama kena abailah perbahasan membabitkan hal-hal kecil atau perkara-perkara yang sudah beribu tahun dulu diperdebatkan oleh ulama muktabar. Takkan ayat al-Quran mengenai Allah duduk di atas Arash pun nak bertengkar lagi?
Betul ucapan UAS! Malah, pelik bila pengkritik bawa hujah cara mata binatang lihat ke satu arah tak sama dengan cara mata manusia ketika beliau berhujah dalam hal menyatakan di mana Allah berada. Pandangan binatang dan manusia sama ja!
Dalam satu negara, ulama berlainan negeri pun berbeza pandangan, inikan pula satu dunia! Belajar sama universiti kat luar negara juga tak semestinya pulang dengan pegangan satu aliran. Macam-macam hal!
Beliau dalam video kat atas ni cuba bawa contoh dari kitab tapi tak faham hal perbezaan amalan yang diajar ulama. Ulama satu aliran pun ada yang berbeza pandangan! Yang pasti, beliau ni sendiri tak sedar otak beliau telah diresapi pemikiran Khawarij.
Kenapa perlu terlalu membandingkan siapa lebih hebat antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali? Tambah-tambah lagi jika sekadar untuk berdebat mengenai siapa patut jadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW? Begitu juga, lihat pula beberapa video kat bawah ni, isu lain seperti usia Saidatina Aisyah semasa berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW?
Ramai orang dah jadi macam lelaki dalam video kat atas ni! Ramai pula orang awam yang terpengaruh! Tengok video kat bawah ni pulak.
Budak kecik dalam video kat atas ni tak percaya pun amalan campak duit syiling sambil niat ingin peroleh sesuatu, takkan kita orang Islam nak ikut perbuatan karut seperti ini?
Perbuatan golongan seperti dalam 2 video kat atas ni bukan cara Islam.
Aku suka orang berkata benar tak kira kepada sesiapa pun!
Semua orang patut dah faham berkenaan: 1.SERAH makna seperti Allah atas langit dan Allah bersemayam atau duduk atas Arash kepada Allah. 2.Begitu juga kita kena terima apabila ada aliran kata semua hal ni menunjukkan KEAGUNGAN Allah. Stop setakat ni. Tak perlu berbahas mengenainya!
Wow! Betul atau salah sesuatu aliran bukan sekadar melihat kepada pembabitan masing-masing terhadap isu Palestin.
Pegangan seperti dalam video kat atas ni jelas salah. Memang beliau seorang banyak ilmu tapi beliau tak wajar menafikan pendapat yang diputuskan dalam mesyuarat ulama aliran yang tak sama dengannya bahawa tak salah mengamalkan bidaah hasanah. Namun, okey ja jika beliau sekadar kata saya tak amal bidaah hasanah atau saya berpegang bahawa bidaah hasanah tak wujud. Lihat video kat bawah ni pula.
Banyak perkara pelik kita hadapi setiap hari. Betul atau salah di segi Islam satu hal. Namun, sebaiknya semua ustaz perlu tumpu kepada ilmu yang patut diajar bukan cerita-cerita tak masuk akal. Lihat video terakhir kat bawah ni!
Comments
Post a Comment