TIMUR TENGAH
1.Afghanistan - kalau ikut fahaman penjajah-penjajah bukan Islam dulu tu - termasuk juga dalam senarai negara-negara Timur Tengah. 2.Jawapan diberi oleh lelaki dalam video kat atas ni berbentuk diplomasi atau tak keras! Kata-kata semacam beliau ni lebih bagus daripada ucapan kebanyakan pemimpin Arab atau dari negara-negara Islam lain yang berkobar-kobar tapi jadi lembik apabila berhadapan anasir-anasir Zionis.
Petang Isnin, 13 Oktober 2025, isteri bagitahu aku, seorang wartawan Palestin dibunuh. Pengkhianat terlalu ramai di serata ceruk dunia! Al-Fatihah.
Hilary kata, Amerika Syarikat bersekongkol dengan Wahabi selain bantu al-Qaeda di Afghanistan untuk kalahkan Russia.
Ramai manusia dah berubah tapi pemimpin-pemimpin Arab masih ramai tak berubah. Lihat contoh dalam dua video kat atas ni.
Aku tak faham apa masalah pemimpin-pemimpin Arab. Teknologi kereta terapung di udara yang hebat ni buatan sendiri dan jual kat benua lainkah? Kalau kereta ajaib ni buatan tempatan kenapa tak guna teknologi sama untuk buat juga senapang, meriam, jet pejuang, kapal perang atau BELI benda yang aku taip ni banyak-banyak sikit dengan menggunakan duit minyak demi mempertahankan kedaulatan seluruh negara di tanah Arab termasuk Palestin? Barat taknak jual banyak-banyak, belilah kat Timur, Utara atau Selatan ATAU guna stok minyak sebagai bargaining power.
Comments
Post a Comment