POLITIK MALAYSIA 















Wow! 3 video kat atas ni memaparkan beberapa kes yang telah disiasat pihak berkuasa serta yang diputuskan pihak mahkamah pada awal September 2025.







Bila tengok video-video kelakar kat atas, terfikir-fikir bila la nak hadap ke mahkamah individu yang didakwa dah sakau duit berbilion-bilion tu? 
























Siapa pemimpin-pemimpin pembangkang yang telah bincang dengan pihak Pusat dan menonong setuju cara perlaksanaan pembangunan seperti yang tercatat dalam URA? Bagitahu nama pemimpin-pemimpin politik berkenaan supaya netizen boleh lanyak! Permohonan negeri-negeri pembangkang untuk membangunkan beberapa kawasan di negeri masing-masing tu tak boleh jadi BUKTI mereka yang memohon tu setuju dengan apa yang ada dalam URA. Macam YB-YB Islam yang duduk dalam Parlimen yang mengamalkan sistem DEMOKRASI sekarang, takkan mereka berkenaan nak telan bulat-bulat dengan berkata amalan dikutip dari ideologi pemerintahan bukan Islam tu betul belaka.



Fahami video Nurul Izzah kat atas ni, kemudian tonton beberapa video di atasnya, akhir sekali tengok 3 video berderet kat bawah ni pulak!




Boleh bayang tak kesan URA terhadap orang-orang awam khususnya yang miskin serta kaedah "gentrification" yang pemimpin-pemimpin politik serta ahli-ahli akademik dakwa cuba dibuat pihak-pihak tertentu? Flet usang memang la kena baiki, atau roboh dan bina bangunan lain tapi undang-undang yang nak dilaksana nanti tak mesra orang-orang awam tapi mesra pemaju, menteri-menteri terbabit dan macam-macam lagi yang menekan rakyat. Pilihan raya majlis perbandaran pulak jadi penambah perisa kepada penguasaan pihak kapitalis terhadap golongan marhaen selain secara halus mewujudkan suatu keadaan melemahkan lagi penguasaan Islam dalam bandar-bandar besar di seluruh negara kita. Sekarang ni pun takkan anda tak nampak pusat maksiat yang bersepah-sepah?





Huraian oleh pemuda dalam video kat atas ni tak tepat. Hanya kerana beliau lihat ramai ahli politik tak kira mana-mana parti buat tak betul itu tak bermakna aliran politik salah. Begitu juga jika kita lihat orang-orang berniaga berbuat salah bukan bermakna bidang bisnes tak patut diceburi. Orang akademik pun ramai ajar tak betul termasuk yang mengajar hal Islam, bukan? Yang penting, kita kena buat perkara betul di mana pun tempat kita berada. Nak buat perkara betul ni la yang sukar! Kesukaran ini kerana nak betulkan minda, perbuatan dan segala macam ikut cara nabi Muhammad SAW berdakwah, berperang, memerintah dan macam-macam lagi dulu tu seperti yang bayangkan oleh seorang lagi dalam video atas video beliau.











Mengangkat martabat Bahasa Melayu di Malaysia ni penting - semua kaum kena guna bahasa kebangsaan kita ni, pelat sikit cara bertutur atau ketika bernyanyi tak mengapa kerana semua orang ada kelemahan masing-masing! Dek kerana ini, pada saya, PMX tersilap atur perkataan ketika berucap sehingga kedengaran pelik tatkala berbicara mengenai kepentingan Bahasa Melayu. Namun, PMX seakan-akan terus hilang fokus mengenai pengisian hari kemerdekaan negara kita apabila beliau membandingkan kerajaan terdahulu dengan kerajaan sekarang sehingga ceramahnya kelihatan terlalu berbaur politik kepartian. Ini ja!







Lain padang, lain parang, lain orang, lain rasa.









Dua video kat atas ni memaparkan perbincangan mengenai Perlembagaan Malaysia dengan memberi tumpuan kepada beberapa akta yang telah dipinda atau yang perlu dipinda.







Dalam bab gaji dan elaun pihak berkenaan seperti yang dipapar dalam beberapa video kat atas ni, negara-negara seperti Indonesia, Malaysia malah Singapura kena belajar dari beberapa negara sosialis Eropah!



Dalam politik kena berlapang dada. Yang betul tetap betul walau siapa pun yang kata. Namun, selain cakap ikut fakta, cara kita cakap pun kena betul juga. Lihat dua video kat atas! Mamat dalam video kat bawah ni pulak, ikut pandangan aku, cara dia cakap tak betul, lebih teruk daripada pemuda yang berucap sambil berdiri kat atas taipan ni! Persoalannya, masing-masing pihak pimpinan kerajaan Madani dan PN suka ka cara mereka bercakap? 

Semua pihak kena jaga hati orang awam. Masalah bakal menjelma jika ramai bengang apabila dengar cercaan atau makian para penceramah atau juru kempen sesebuah parti politik sehingga memberi kesan negatif kepada pengundi-pengundi seperti yang disuarakan lelaki dalam video kat bawah ni. 





Apa yang diperkatakan dalam video kat atas ni adalah isu kecil. Yang penting, semua majlis perbandaran di seluruh negara kena ambil berat terhadap segala aduan orang ramai.

Comments