BINATANG 


Anjing ganas perlu tahu sejak mula kita bela dia bahawa kita ni tuan dia. Jika kita terlalu manjakannya, ikut kemahuan dia, dia akan rasa dia lebih kuat dan akan buat perangai tak senonoh termasuk tak ikut arahan. Aku dulu masa kanak-kanak awal 1970-an akan besit dengan ranting bila anjing hitam aku bernama Kumbang melompat-lompat dan cuba jilat aku. Bila dia diam, baru aku bagi makan. Lama-lama dia tak buat perangai nak jilat aku lagi. Kumbang ni garang dan kuat menyalak tapi dia diam bila aku jerkah. Kalau bela anjing, kita tak perlu takut kepada anjing sendiri kerana Allah dah bagitahu anjing adalah binatang yang paling setia atau mudah ikut arahan. Dia jadi tak ketahuan jika kita tak ajar dia. Setakat hari ni, aku tak pernah dengar anjing garang gigit tuan dia.






























Comments