Ucapan-ucapan Mengenai Islam dan agama-agama lain.
Ucapan seperti dalam video kat atas ni mengelirukan malah boleh menyesatkan penganut Islam. Takdak masalah nak bergiat dalam salah satu daripada beribu-ribu pertubuhan dakwah, politik atau apa saja yang bermanfaat kepada Islam. Tapi, asas agama kena kukuh. Tangan Nabi Muhammad SAW yang mulia pun pernah bunuh seorang musuh! Oleh itu, tak perlu bertelingkah hal yang tiada makna seperti mana lebih bagus antara mengajak orang ke syurga dengan mengamalkan ibadat khusus atau berperang dengan musuh yang menyerang sesebuah negara Islam. Dalam hidup kita sehari-hari, ada kala kita bermain, ada kala kita makan, ada kala kita tidur, ada kala kita solat dan lain-lain lagi.
Bijak tak semestinya betul!
Lain macam ulasan mengenai hubungan Bahasa Melayu dan Arab dalam video kat atas ni! Selama ni, memang banyak bahasa dan tulisan di banyak negara yang tiru gaya di negara-negara lain tapi Bahasa Arab guna Bahasa Melayu terasa pelik. Orang Melayu guna Bahasa Arab pun rasanya terkemudian berbanding pengambilan istilah Sanskrit. Jepun pula mula mengambil pakai tulisan kaligrafi China sejak beberapa ratus tahun dulu.
Apa yang penceramah ajar dalam video kat atas ni semuanya betul. Solat kena mula berdiri. Tapi, dalam keadaan lain, orang boleh berdiri dibolehkan solat duduk kat lantai terus ialah orang yang boleh berdiri tapi tak boleh duduk selepas dari kedudukan berdiri. Contohnya, orang kemalangan hingga kaki kaku. Dia boleh duduk terus dilantai sebelum mula takbir dengan lunjur kaki yang kaku tu ke depan. Kerusi tu lebih baik tak pakai melainkan punggung atau kaki tak tahan sakit bila kena lantai.
Banyak benda aku tak mampu buat sebagai seorang suami begitu juga ayah. Moga isteri dan anak-anakku memaafkanku. Semoga Allah memimpinku ke jalan benar. Aaamiin.
Jika seorang atheis persoal kenapa Tuhan tak sembuhkan penyakit walau seorang pesakit tu telah berdoa kepada Tuhan maka dia kena persoal juga kenapa penyakit tak sembuh walau diubati seorang doktor pakar.
Comments
Post a Comment