AMERIKA SYARIKAT 














Boleh dikata kebanyakan warga Amerika Syarikat tak arif tentang negara-negara luar. Bagi mereka berkenaan The USA tu sebuah dunia!














Perempuan-perempuan dalam video kat atas ni buat lawak perkauman. 1. Tanda titik merah kat dahi perempuan India dianggap macam tanda titik cahaya merah waktu alat eletronik rakam suara atau video. 2. Lagu Row Row Your Boat tu dianggap sebagai menceritakan ribuan hamba abdi dari Afrika yang dipaksa kayuh kapal beramai-ramai - bukan sekadar sampan tau? - masa mereka di bawa masuk ke Amerika Syarikat dulu.












Berdasarkan video kat atas ni. Warga Amerika Syarikat biasanya tak tahu kisah luar negara dia. Tak sangka presidennya pun sama sampai tak tahu banyak negara di Afrika guna English sebagai bahasa rasmi. Kita pun sama, ramai pasti taktau bahawa Bahasa Parsi digunakan dalam hal rasmi di pejabat kerajaan Afghanistan, kan?










Wow! Undang-undang pelik demi bagi projek kepada pihak tertentu.

















Hebat Apache! Mereka berjuang habis-habisan. Namun, mereka ditipu penjajah masa dulu tu. Masa berlalu dan kini pemerintah Mexico lebih mesra Palestin selain bengang dengan Amerika Syarikat. Oleh tu, tak salah jika kita sokong pasukan bola sepak mereka dengan laungan: "Viva Mexico."





















Amerika Syarikat ketika awal 1980-an, khususnya di kawasan pedalaman atau lebih popular dengan istilah country, memang masih ketinggalan di segi pembangunan seperti yang di papar dalam dua video kat atas ni. Kebanyakan rumah penduduk di sana sudah berusia puluhan tahun termasuk yang sedia untuk disewa. Premis kediaman jenis baru beberapa tahun siap dibina untuk disewa pula biasanya bangunan dua tingkat yang ada sekitar 10 unit masing-masing di bahagian bawah dan tingkat atasnya. 

Biasanya juga, premis yang nak disewa itu siap dengan perabot seperti almari berlaci, katil dan tilam, dapur sama ada siap saluran gas yang penyewa bayar setiap bulan kepada syarikat yang menyediakan khidmat itu atau dapur eletrik, peti sejuk jenis lama, bilik air yang ada shower atau jenis mandi dalam bathtub, tandas duduk yang biasanya penutupnya disarung seperti karpet untuk elak terasa sejuk jika seseorang duduk di atasnya pada musim dingin. Lantai rumah biasanya berkarpet malah lantai bilik air pun sama jika kaedah mandinya menggunakan bathtub. 

Penduduk khususnya di negeri-negeri sebelah selatan Amerika Syarikat - jantan dan perempuan - gemar pakai seluar jeans panjang dikenakan dengan T shirt lengan pendek. Bila sejuk sikit baru pakai jaket. Bila suhu membeku hingga salji cecah ketebalan sekaki dua pula pihak berkuasa di sesetengah bandar di sebelah selatan berkenaan akan isytihar cuti kerana penduduk di situ bukan seperti di negeri-negeri sebelah utara yang sudah biasa dengan suasana salji yang lebih teruk.

Di masa awal 1980-an ni - aku tak tahu bagaimana sekarang - orang di sana suka menyapa satu sama lain bila terserempak walau tak kenal. Antara ucapan popular: What's up atau what time do you have? selain nice weather, uh! Kadang-kadang, ada yang suka minta sebatang rokok atau beberapa sen untuk cukupkan duit untuk beli sesuatu yang dijual kat vending machine - air soda, coklat, kek, keropok serta perbagai jenama rokok. 

Masalah perkauman ketara. Orang kulit putih jarang sangat nampak bergaul dengan orang kulit hitam. Setiap kelompok bawa hal masing-masing! Namun, jika seseorang mempunyai citarasa yang sama dengan seseorang lain, contohnya minat muzik, maka barulah nampak sekelompok orang yang ada pelbagai bangsa di kalangannya. Apa-apapun secara umum, boleh dikatakan bahawa kebanyakan penduduk di sebelah selatan Amerika Syarikat amat ramah dan mesra. 

Jika anda masuk kedai, anda selalunya disapa dengan ungkapan how can I help you? Jika kita jawap I'm just looking around maka jurujual akan beredar. Tapi, jika kita ingin sesuatu, dia - biasanya perempuan lawa la - akan bantu sebaik mungkin. Cashier pula, selalunya kat supermarket, suka sangat sebut is that all? bila kita letak pelbagai barangan yang kita nak beli kat atas kaunter. Bukan dia nak kata kita ada sorok barang dalam kocek ka apa tapi mungkin suatu ungkapan yang nak ingatkan kita supaya kita tak lupa beli sesuatu. Dari segi grammar kelihatan macam salah pulak ayat is that all ni. All tu banyak jadi kenapa tak guna are instead of is? Aku bukan fasih English, tapi cara percakapan dah begitu atau ayat ni bukan untuk tumpu kepada plural atau singular. Dalam keadaan seakan sama, perkataan politics boleh guna is atau are. Kalau is untuk kata secara umum seperti  politics is the art of the possible tapi orang ramai kata office politics are killing me kerana nak gambarkan macam-macam perangai orang yang kau kena hadap kat pejabat! Saja ja kongsi ilmu berbahasa sikit.





Video kat atas ni kisah di Malaysia.


Comments