POLITIK MALAYSIA
Ada yang kata, apa yang dibagitahu wanita dalam video kat atas ni belum benar-benar berlaku. Namun, tiada angin masakan pokok bergoyang!
PAS bukan berasal dari Umno tapi Hizbul Muslimin yang sebelum tu diharamkan. Umno dulu tu pulak bukan parti politik tetapi adalah sebuah kelompok parti-parti politik yang disatukan dalam satu bakul oleh penjajah British. Memang, ada orang PAS kekal dalam bakul tu selepas PAS keluar Umno setelah berlaku krisis kerana tak puas hati babit hal "membenarkan" perjudian, tapi hal ini hal individu. Amanah tu betul berasal dari PAS kerana boleh dikata semua yang keluar PAS sebab kekalahan grup Mat Sabu dalam pemilihan parti suatu ketika dulu tu telah berhimpun dalam Amanah.
Berdasarkan video kat atas ni, pengundi kena pilih pihak yang berada di jalan benar.
Kata-kata amat apologetik yang keluar dari mulut seorang cendekiawan akan melemahkan semangat ahli-ahli politik dalam memperjuangkan isu perpaduan. Hal sebegini beriringan dengan kemunculan raksasa-raksasa yang bakal menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Comments
Post a Comment