Aliran lagi!
Pelasapah sebilangan orang tua di Perak: "Hidup bior berake, mati bior beriman!" Aku tambah sikit, kena duduk di pihak betul, sama ada dalam hal berpolitik, amal ibadat khusus atau hal-hal lain yang diwajibkan Islam. Namun, senang cakap, nak laksana susah. Oleh tu, kena pasang niat baik-baik dan lakukan sehabis mampu.
Pendapat dalam video-video kat bawah ni, ada yang aku setuju, dan ada yang aku tak suka. Tonton dan fikir-fikirkanlah. Hidayah "milik" Allah, begitu juga perkara-perkara lain!
Ada beberapa orang tuduh TGNA - ulama dalam video kat atas ni - Wahabi tapi bagi aku beliau bukan. TGNA sekadar memperjuangkan ajaran sebenar Nabi Muhammad SAW seperti tiada kenduri arwah, tiada maulid nabi serta lain-lain. Beliau jelas bukan Wahabi kerana beliau bukan jenis yang tak habis-habis cerca aliran-aliran tertentu melainkan berbahas secara matang. Namun, sekali-sekala memang pedas sangat cara percakapannya. Contohnya, orang hisap rokok tu "serupa" lembu! Betullah kata-kata beliau tu. Pada aku yang 10 tahun dulu dah berhenti merokok, perangai perokok lagi teruk! Lembu ragut rumput begitu ja tapi orang sanggup proses daun tembakau, gulung, cucuh dan hisap asap yang takdak faedah malah bahayakan diri sendiri dan orang lain yang duduk dekat!
Tak hairan jika seseorang bukan Islam kata macam dia yang dalam video kat atas ni. Masalahnya, ramai pemimpin Islam pun berpendirian sama sedangkan Islam ni agama satu dunia, tak kira bangsa atau sempadan negara. Aku terjemah ke dalam Bahasa Melayu mudah: "Seseorang pernah menemui saya dan soal kenapa kita tak putuskan hubungan (dengan entiti haram Israel) tu? Jika saya seorang diktator memerintah Singapura, saya akan putuskan hubungan macam ni ja! (petik jari) Esok! Jika kau boleh janjikan kepada saya Israel akan hentikan apa yang mereka lakukan. Mereka nak buat tak? Adakah tindakan kita ni bakal merubah sesuatu? Sebaliknya, kita akan memusnahkan diri kita sendiri sebab hingga sekarang kita ada kepentingan dengan Israel. Bukan setakat kepentingan ketenteraan, malah lain-lain hal. Oleh tu, untuk apa? Keadaan ini pada saya ialah merasa bersalah kerana mementingkan diri sedangkan tindakan ini sebenarnya baik untuk kita sendiri." Tengok satu video kat bawah ni pulak. Alahai! Bahasa Inggerisnya cair kira OK, tapi kepala otak kenalah berpandu kepada fakta: "Dah berapa kali tentera pihak regim Zionis serang sehingga menyebabkan beratus ribu warga Palestin maut?"
Ada juga di kalangan yang berada di negara entiti haram Israel yang peduli dengan masalah Palestin.
Bila hal Islam HANYA merujuk kepada sepihak maka berlaku krisis seperti dalam video kat atas ni. Namun, sebagai orang awam yang tak berilmu tinggi, saya berpihak kepada pandangan tuan guru yang mula sekali muncul dalam video kat atas ni. Orang Islam, khususnya ulama, kena berlapang dada! Tak perlu ada sengketa sesama ulama kerana nanti ulama mudah diperguna oleh golongan elit politik.
Apa kena dengan mereka yang riuh-rendah dalam video kat atas ni? Takkan ada pihak agama di situ halang amal Mazhab Maliki?
1.Diri sendiri pun belum tentu betul dalam mengenal syariat tapi berani pulak bercerita mengenai hakikat malah makrifat! 2.Dah tahu bukan semua wajib tahu hal-hal rumit ni, disiar pulak video mengenainya untuk tatapan umum. Alahai!
Perbahasan isu seperti dalam video kat atas ni takdak makna, malah melucukan!
Fenomena agamawan bernyanyi dengan iringan muzik disertai para penonton termasuk perempuan kian menjadi-jadi. Saya ikut pendapat muzik dan nyanyian bukan salah. Namun, saya tak bersetuju cara persembahan seperti dalam video kat atas ni kerana ia bakal menjadi ikut-ikutan orang awam.
Video kat atas ni untuk mereka tertentu ja. Yang tiada kaitan tak perlu terasa! Dan, video kat bawah ni memaparkan kesalahan yang jelas dilakukan sebahagian besar aliran Syiah! Sebagai contoh, mengikut sejarah, pertempuran antara pengikut Saidina Ali dan Aisyah disebabkan wujudnya kumpulan batu api. Jadi, mengikut fahaman aku, kedua-dua individu ni tak salah.
Comments
Post a Comment