AMERIKA SYARIKAT
Kat bawah ni beberapa video perbahasan pro dan kontra mengenai akta bantuan kos perubatan di Amerika Syarikat yang jelas memberi kelebihan kepada orang kaya. Contoh ketidakadilan yang bakal wujud: Ikut undang-undang sekarang, hanya syarikat yang lebih 50 pekerja yang dimestikan sedia insurans kakitangan. Oleh itu, pekerja syarikat kecil seperti kedai runcit yang ramai tiada insurans akan hadapi masalah jika dia jatuh sakit atau terbabit kemalangan lalu dimasukkan ke hospital. Difahamkan, bantuan kesihatan ikut akta ni juga HANYA diberi kepada mereka yang punya pekerjaan. Oleh itu, mereka yang sebaliknya miskin atau tiada pekerjaan bakal tak dapat bantuan perubatan sedangkan ramai telah hilang kerja dan terus papa kedana akibat serangan covid 19 dulu dan masih menganggur sampai kini. Dalam situasi sebegini, sistem sosialis yang tak menindas golongan marhaen kelihatan lebih baik daripada kapitalis. Namun, sebagai seorang Islam, aku tetap tak percaya kedua-duanya kerana dua sistem ekonomi ini dan lain-lain seumpamanya sering bertentangan dengan perintah Allah.
Comments
Post a Comment