Ucapan-ucapan mengenai Islam
Lelaki dalam video kat atas ni bercakap tanpa pemahaman mengenai Islam malah nampak sangat benci Islam. Dia buat-buat tak sedar bahawa ramai orang berpengaruh, ahli akademik, paderi dan lain-lain yang sebelumnya bukan Islam dah kembali ke pangkuan Islam.
Aku berpendirian, orang bijak dalam pengajian Islam sepatutnya beri penjelasan dalam hal-hal lebih penting. Contohnya, kita tahu nabi Muhammad SAW pernah berniaga. Lebih baik orang bijak yang bercerita mengenainya bagi tahu cara nabi bisnes. Barang borong kat mana, berapa peratus ambik untung, kat mana nabi berniaga, siapa yang bantu nabi dan banyak lagi. Bukan sekadar cerita sambil lalu bahawa nabi seorang saudagar. Begitu juga hal nabi bernikah. Apa penting umur isteri nabi? Zaman sekarang ni pun ramai wanita di Afghanistan masih boleh mengandung pada usia 60-an! Zaman dulu juga ramai berkahwin dengan perempuan masih kecik kerana ia suatu budaya! Dan, kena faham bahawa "kanak-kanak" tu diajar cara jaga rumah, bergaul dengan ahli keluarga suami, memasak dan segala macam sebelum betul-betul jadi isteri setelah baligh.
Comments
Post a Comment