PAS & YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA











Sejarah pemimpin-pemimpin tinggi PAS ramai taktau. Lagilah ramai taktau tentang individu-individu penting yang bertugas di sebalik tabir dalam berjuang menegakkan Islam sama ada dalam PAS atau luar parti ni. Contohnya, Ustaz Sidek Nor (sekarang dipanggil Tuan Guru) yang kini mengendalikan sebuah pondok pengajian Islam dekat kampung aku di Perak. Aku pernah berbual kosong berdua dengannya di sebuah pejabat sekitar tengah 1990-an, rasanya beliau ketika tu baru bebas ISA dan belum lagi dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. Aku tak jadikan perbualan kami tu menjadi berita walaupun ketika tu aku bekerja sebagai wartawan pro-pembangkang. Aku sejak tu sekali-sekala hadir ke ceramah beliau di Pulau Pinang. Ustaz Sidek sering mengajar menggunakan kitab-kitab sufi karya Imam Al-Ghazali.




Dua video kat atas ni lalu kat skrin henfon aku. Video yang pertama tu berita mengenai kes-kes jenayah di Kelantan. Aku lihat banyak komen yang mengutuk seolah-olah negeri-negeri lain bersih dadah dan influencer tak bermoral. Apa-apa pun, aku sokong pihak berkuasa tangkap orang-orang jahat di Kelantan. Namun, orang ramai kena ingat jawapan Hamka terhadap persoalan ada pelacur di Makkah. Buya kata, beliau ke New York tapi beliau tak menemui seorang pelacur pun! Video kedua pun ramai netizen mengutuk. Cuba renung, parti-parti lain yang ada nama bangsa kat nama parti masing-masing pun ada kutip derma juga! Adakah sesiapa sanggup kata parti-parti terbabit menjual bangsa? Dan, memang betul kata Ustaz Tuan kerana bersedekah atau menderma dalam bulan Ramadan adalah ibadat yang digalak Nabi Muhammad SAW. Tak kisahlah sedekah kat orang-orang miskin atau derma untuk mana-mana parti politik yang bersesuaian.


Ulama yang juga seorang pemimpin tinggi NU dalam video kat atas ni, terkenal dengan gelaran Gus Mus, punya bakat menulis cerpen dan sajak berbentuk kritikan sosial.


Suatu perubahan baik bila mana seorang ulama muda diberi jawatan dalam kerajaan Indonesia sekarang.





Mintak maaf! Isu macam video kat atas ni sepatutnya takdak lagi di zaman sekarang. Abang ni dapat bantuan atau duit dari mana pun selagi jelas bukan haram itu hal dia. Politik kena matang, bukan sekadar slogan! Semua influencer PAS kat medsos perlu faham bahawa kata-kata kesat yang dilontar pihak lain dalam sesuatu hal tak sepatutnya dibalas cara yang sama dalam sesuatu hal yang berbeza. Berceritalah hal-hal bermanfaat untuk memperjelaskan kepada orang awam contohnya PAS tu apa dan parti yang berpegang dengan al-Quran, hadis nabi Muhammad SAW dan ijmak ulama ni sedang buat apa!




Damage control yang cuba dilakukan lelaki dalam video kat atas ni tak begitu tepat. Majoriti orang awam tak buta perut dan insya-ALLAH faham kedudukan ustaz berkenaan. Ketiadaan peruntukan tertentu untuk kawasan Parlimen diwakil bukan pihak pro-gomen bukan rahsia lagi! Yang tak faham atau buat-buat tak faham yakni yang kaw sokong kerajaan sekarang tu cerita lain! Aku masa PRU beberapa tahun lalu pernah dipelawa seorang dari parti bukan PAS: "Paksu pi huloq tangan kat tingkap KADUN kat kompleks tu, tak payah tunjuk muka, orang kat situ nanti bagi RM5." Aku senyum. RM5 ja pun, bukan RM100! Aku tak rasa nak pi ambik. Lagipun, aku mengundi kat Perak. Berbalik kepada isu kat atas, apa yang jadi persoalan ialah cercaan seorang lelaki difahamkan penyokong PAS dalam medsos terhadap anak perempuan lelaki terbabit. Itu ja!





Walau ada tindakan politiknya aku tak setuju, seperti tebuk atap, aku tetap hormati beliau kerana ilmunya. Dan, sehingga sekarang, dalam keadaan kurang tenaga, beliau masih mengajar. Dulu, aku dengan seorang pengarang majalah pernah interbiu TGHA pada awal 1990-an. Beliau serius menjawab segala soalan kami dengan tenang. Sepatah ungkapan yang beliau lontarkan telah dijadikan sebagai tajuk di kulit depan: ISLAM BOLEH. Tak lama selepas tu, kerajaan pimpinan Dr Mahathir guna slogan Malaysia Boleh. Adakah pihak juru kempen pro-kerajaan baca majalah tu dan guna istilah yang sama? Mungkin ya, mungkin tak. Tapi, ia bukan hal penting. Apa yang penting ialah pemahaman semua pihak bahawa PAS turut membina negara ini.



Hentaman lelaki dalam video kat atas ni tak begitu tepat. Lihat era lepas KuLi lawan DrM, PAS join KuLi untuk bantu beliau yang turut menang banyak kerusi di Kelantan. PAS berjaya perintah negeri tu bonus! Bila Anwar kena terajang, PAS muncul lagi khususnya sedia jentera kempen - lebih hebat kaedah kempen berbanding era dengan KuLi - di seluruh negara! Lihatlah sisi kerjasama sesama parti bukannya kecam tak ikut fakta! Kita juga kena baca buku-buku mengenai pilihan raya mengikut acuan demokrasi supaya faham politik cara begini.


Steady pakteh. Jangan sebut nama orang, sebut nama parti takpa ikut undang-undang Malaysia! Apa-apa pun, jika fakta sahih takdak masalah.




Pintas line telefon ni lama dah boleh dilakukan jika ada teknologi berkenaan. Cuma, bila sesiapa nak guna dalam hal perundangan susah sikit melainkan hakim bagi ketetapan. Falsafah kawan-kawan aku waktu berniaga buah kat Pasar Chow Kit sekitar pertengahan 1980-an: "Kita buat dia." Dikait ungkapan yang kami dulu selalu sebut tu dengan teknologi maklumat yang pelbagai sekarang, contohnya WhatsApp, jika dikunci untuk elak dibaca atau  didengar orang-orang lain tentulah pihak yang cipta boleh ceroboh kerana "depa buat dia." Malah, penggodam komputer amatur pun boleh buka dengan mudah! Beberapa kawan masa aku kerja di sebuah syarikat penerbitan di KL pada pertengahan 1990-an pula kerap sebut ungkapan: "Dinding boleh bercakap!" Yang ni lagi menyeramkan!







Mamat kat dalam video kat atas ni tak faham realiti yang berlaku membabitkan bayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri. Tak perlu bahas sangat isu ni kerana segala fakta tepat boleh sesiapa pun kutip dari sumber utama termasuk medsos melainkan jenis buta perut! Kritikan ustaz dalam video kat bawah ni pula pada aku okey kerana hujahnya boleh pakai meskipun aku tak setuju bab "ayaq acaq" yang pernah diulas beliau. Aku pada 1991 pernah ke ofis Menteri Penerangan tu. Jenuh aku jalan kaki, daki bukit, ke sana! 




















Cara Rafizi guna geraf masa berucap dalam video kat atas ni dah macam pensyarah U. Kira okey juga kajiannya dalam bab rasuah ni sebab tak kutuk PAS sangat!

















Semua manusia biasa sering buat dan kata silap! Namun, dalam hal politik kepartian, pemimpin-pemimpin utama seperti ketua menteri, premier, menteri besar, menteri kerajaan Malaysia, perdana menteri juga yang berjawatan dalam sesebuah parti seperti ketua pemuda, ketua wanita, setiausaha agung, naib dan timbalan presiden tambah-tambah lagi presiden tak boleh berbuat begini sebab ia bakal menimbulkan persoalan di kalangan orang awam terutama bila mereka berkenaan menghurai hal-hal membabitkan dasar parti. Tak jadi masalah sangat jika ahli-ahli biasa yang "terlajak perahu."
















Realiti politik di mana-mana negara memang seolah-olah semuanya seperti yang diperkatakan dalam dua video kat atas ni. Namun, jika sesebuah parti politik berteras ajaran Islam pun buat salah begitu, tidak bermakna tiada langsung sekelompok atau paling teruk seseorang pun dalamnya yang beramal kaedah siasah yang diajar Nabi Muhammad SAW. Bukan dalam bidang politik sahaja yang cacamarba, hal-hal lain seperti bisnes pun orang awam tak habis-habis bercerita tentang masalah niaga sedangkan mereka tu tiada pangkat atau bukan kaya mana pun! Tak percaya? Cuba berbual dengan beberapa peniaga di pasar malam. Jangan salah sangka kerana ada juga di kalangan mereka yang kaya. Saya beri contoh golongan ni kerana kebanyakan mereka mudah diajak berbual. Ada orang yang berpakaian mahal dan berjenama seperti penyanyi terkenal dan asyik bercerita hal muzik tapi a minor chord, klef treble, minim bertitik pun dia tak tahu! Yang utama, apa-apa bidang yang kita ceburi perlu berasas kepada kebenaran dan minat. Seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar tetap jadi guru sekolah biasa walau pendapatannya tak seberapa sedangkan ironinya seorang ustaz belajar tanpa ijazah pula sekali ceramah dapat beratus malah ribuan ringgit disebabkan popular, malah ada yang jadi jutawan setelah dilantik sebagai duta produk. Yang pasti, perlu diingat, sama ada kita kaya atau miskin, politik ni penting, malah lebih utama daripada hal artis hiburan yang glamour dengan pakaian merelit-relap, kereta, rumah dan sebagainya yang mewah! Tiada kuasa politik, apa-apa pun sukar nak dilaksana termasuk nak jadi orang bisnes atau artis hiburan yang kaya-raya tu. Baru-baru ni seorang usahawan Melayu ditahan kerana disyaki menyeleweng wang. Dia dihina apabila diberitakan yang pihak berkuasa menemui banyak botol berisi arak bernilai jutaan ringgit di sebuah premis membabitkan dirinya. Riuh di medsos, dia ada huhungan dengan Dr Mahathir. Nampak tak? Ada unsur politik, bukan? Saya teringat, sekitar tahun 1991 saya pernah dijemput ke sebuah majlis di ruang mewah paling atas sebuah bangunan pencakar langit yang bernama unsur Islam yang terletak tak jauh dari Wisma MCA di Kuala Lumpur. Yang saya ingat, hanya saya dan seorang lelaki usia sekitar usia 50-an dari Reuters yang berbangsa Melayu yang hadir pada majlis yang dianjur sebuah syarikat Jepun. Yang lain semuanya bukan Melayu. Seorang lelaki Jepun pangkat tinggi berucap di majlis tak sampai 20 orang tu dalam Bahasa Jepun, seorang wanita Jepun cantik terjemah ke English yang amat mantap dari segi nahu dan lontaran suaranya seperti orang putih. Waktu makan, lelaki Jepun tadi fasih betul cakap English seperti wanita tadi malah Bahasa Melayunya terbaik! Hal ni membuat saya takjub dengan penghormatan beliau terhadap bahasa ibundanya. Tapi, saya lebih takjub kerana dapat lihat paling kurang puluhan botol arak jenama mahal tersusun di kabinet tepi dinding! Rasa-rasa anda, takdakkah pihak berkuasa tahu atau dibagitahu hal ni? Nampak? Unsur politik lagi! Entah kenapa, dulu, saya juga kerap dipanggil orang-orang kuat hotel besar di sekitar Kuala Lumpur untuk bersembang kosong berdua. Seorang wanita Kristian wajah Melayu mungkin berketurunan Portugis bagitahu saya supaya datang bila-bila makan free dengannya malah percuma juga dengan sebut namanya jika dia tak kerja pada hari berkenaan. Tak lama kemudian dia bagitahu saya dia kena bertugas di sebuah negara Arab. Hanya sekali dua ja pun saya makan di Hotel Grand Olympic tu kerana sekali tu saya terserempak seorang usahawan insurans Melayu yang saya pernah interbiu dan ketua pengarang akhbar tempat saya kerja. Mereka datang duduk di meja sama! Alamak! Sapa bos saya tu: "Apa khabar Encik Sulaiman." Usahawan berkenaan sekadar senyum! Banyak hotel lain pernah juga jemput saya datang seorang diri dan bukan perlu tulis berita apa-apa pun! Kat Hotel Federal, saya sekali tu minum siang berdua bersama pengurus besar ka apa ka pangkat lelaki Cina tu sambil tonton kalau tak silap Alleycats yang sedang buat latihan. Seorang waiter lelaki Melayu yang layan kami masa tu saya suruh dia pergi buat kerja lain kerana saya rasa segan. Dia jawab tak boleh sebab lelaki Cina tu berpangkat tinggi. Saya kata tak apa kerana nanti saya akan beri penjelasan kepada lelaki Cina tu. Saya sebenarnya pernah kerja waiter sebelum jadi wartawan. Dan, saya kenal waiter yang saya cerita ni malah pernah sewa bilik rumahnya! Saja ja saya cerita kisah dunia yang penuh fatamorgana. In a nutshell, semua benda yang kita hadap di dunia ni ada kaitan dengan politik sama ada secara langsung atau tak langsung! Tonton pula video kat bawah ni untuk membolehkan anda mengetahui realiti politik sebenar yang kita hadapi di Malaysia. Tonton juga dua video selanjutnya untuk anda jadikan pedoman dalam mengharungi kerumitan kancah politik semasa.








Fitnah akhir zaman! Lelaki yang berkata mengenai PAS dalam video kat atas ni sebenarnya tak arif mengenai politik Malaysia. Sejarah sebenar perjuangan capai kemerdekaan negara ini pun mungkin beliau tak faham walau beliau seorang berpendidikan tinggi. Orang jenis ni khususnya dari sebuah pertubuhan dakwah terkenal memang agak ramai. Apa yang keluar dari otak mereka ni selalunya berasas kepada fikiran sendiri. Contohnya kita boleh lihat bila lelaki dalam video kat atas ni ulas ayat al-Quran berkenaan. Mereka juga sering petik pandangan dari sebuah kitab syarah hadis yang ditulis seorang alim yang merupakan antara pemimpin awal yang menggerakkan pertubuhan dakwah mereka pada zaman British menjajah India. 


Ada sebilangan orang nafi Islam terancam sekarang di Malaysia. Video kat atas ni satu contoh Islam terancam di Malaysia. Takkan dah jadi macam Palestin baru nak kata Islam terancam?


Siapa sebenarnya yang bercakap dalam video kat atas ni?


Comments