KATA-KATA USTAZ & BABIT AGAMA
Berkaitan video kat atas ni, pelik bila lihat semuanya solat duduk. Kalau imamnya tak sihat kenapa tak ganti orang lain? Dan, walaupun solat sunat termasuk tarawih dibolehkan duduk, takkan kalangan makmum yang segar bugar sengaja solat duduk?
Video kat atas ni pamer seorang pelakon filem Tamil hadir ke majlis buka puasa.
Yahudi juga percaya Tuhan tunggal seperti Islam tapi mereka tak ikut arahan Allah. Contoh, riba haram tapi Yahudi tetap buat bank guna sistem riba. Manakala, tak penting golongan mana dulu kenal Tuhan. Yang penting, Islam tak sesat kerana nabi Muhammad SAW tolak pandangan ada Tuhan selain Allah. Dan, beliau ni seolah-olah tak sedar pengikut agama selain Islam pun guna pedang! Beliau seperti puak Zionis yang sekarang giat kempen dengan mendakwa Hamas bunuh kanak-kanak, memperkosa wanita dan segala macam sedang jelas dari 7 Oktober 2024 hingga sekarang data rasmi menunjukkan lebih 50 ribu warga Palestin termasuk penganut Kristian dibunuh dan mereka terbabit ramai terdiri daripada kalangan kanak-kanak, perempuan-perempuan dan orang-orang tua.
Kebanyakan mereka yang agnostik sering kali tersengeh malah ketawa bila ditanya tentang Tuhan. Semoga beliau yang bijak dalam hal falsafah ini berubah fikiran mengenai konsep Ketuhanan, kerana jika tidak, beliau akan masuk neraka dan kekal di dalamnya.
Beberapa pendapat dalam 8 video sederet di atas ni ada yang bersalut kontroversi yang perlu diberi lebih perjelasan oleh mereka yang layak. Bagi saya, sebagai orang awam, saya akan menekuninya berasas kepada apa yang telah diajar oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah saya sejak dulu. Sebagai contoh, saya percaya Nabi Muhammad SAW buta huruf tanpa menafikan kebijaksanaan baginda. Al-Fatihah (saya baca) buat Buya Syakur.
Comments
Post a Comment