TIMUR TENGAH LAGI 

Perang dan politik kepartian macam sama ja. Ada yang nampak salah tapi betul bila dilihat mengikut kacamata perang atau politik kepartian. Dan, begitulah sebaliknya, yang nampak betul tapi sebenarnya salah! Banyak percaturan perlu dilakukan bagi mengelak kedudukan negara atau parti politik sendiri tergugat. Sebab tu, kadang-kadang pihak minoriti kena lawan majoriti. Contohnya, Saidina Abu Bakar RA yang terkenal sebagai seorang "sahabat penerima ilham." Walau dicadang Saidina Umar RA supaya kuatkan kekuatan dulu tapi beliau perintah perangi dua entiti musuh yang berpangkalan di Iraq dan Syam sewaktu beliau baru saja mengambil alih pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Begitulah apa yang berlaku di Syria sekarang. Semoga Allah merahmati pejuang-pejuang yang benar-benar berpegang teguh kepada prinsip Islam. Kat bawah ni ada beberapa video mengenai peperangan di Syria termasuk video-video individu-individu tertentu yang mengulas mengenainya. Saya tak setuju beberapa pendapat pengulas-pengulas terbabit tapi saya letak di sini video-video berkenaan supaya anda fikir-fikirkan. Ada juga ulasan yang HANYA relevan beberapa tahun dulu, yakni sebelum regim Assad jatuh, tapi tak sesuai lagi buat masa sekarang. Apa-apapun, kita kena betul-betul faham geopolitik sebelum buat sebarang ulasan!

















Ulasan - meski pendek - seperti dalam video kat atas ni tepat. Ulasan-ulasan lain kat atas dan bawahnya pun ada yang tepat jugak!




























Di zaman dulu, pemerintah Islam akan bertindak jika wanita Islam dizalimi pihak musuh.




































































Kat penjuru mana dunia ni pun penuh sengketa. Dua video adegan filem kat atas ni sebagai contoh: Tanah milik dirampas bukan hanya di Palestin. Yang penting, adakah kita mati tak melawan? Walau dengan panah dan tombak kita perlu tetap lawan musuh berkereta kebal malah jet pejuang. Biar mati melawan! Di Afghanistan, senapang tiruan AK-47 atau Kalashnikov dibuat sendiri termasuk peluru-pelurunya! Moga dengan kebangkitan mujahidin di Syria, lelaki-lelaki Palestin tak lagi lari ke sana lari ke sini!

Comments