Ucapan-ucapan tokoh Islam & yang babit agama tertentu
Memang betul sistem pilihan raya untuk memilih pemimpin seperti yang diamalkan sekarang tak betul. Tapi, sebahagian besar ulama membolehkannya atas dasar dakwah.
Percaya kepada utusan Allah tu salah satu rukun iman. Percaya kepada seseorang biasapun, kita takkan kutuk orang tu!
Babak filem kat atas ni berkaitan agama Kristian. Namun, hukum rejam ni wujud dalam perundangan Islam dan kerana ini, ikut fahaman saya, ia tak sepatutnya dijadikan sebagai bahan jenaka.
Golongan Syiah seperti dalam dua video kat atas ni - mengikut TGHA - hanya sikit sangat yang masih boleh dikategorikan sebagai penganut Islam kerana ramai mereka berpegang kepada aqidah yang menyimpang dari landasan sebenar.
Lelaki dalam video kat atas ni sepatutnya baca banyak buku dan kaji betul-betul sebelum mempersoalkan Islam kerana semua orang tahu Islam bukan agama HANYA merujuk al-Quran sahaja tapi juga ucapan dan perbuatan nabi Muhammad SAW serta pandangan ulama muktabar.
Konsep pluralisme beragama mengatakan semua agama sama iaitu semua agama betul malah tiada agama yang paling benar. Ia berasas kepada konsep liberalisme yang menganjurkan fikiran bebas.
Ada satu kenyataan dalam satu daripada lima video kat atas ni mendakwa atheis terbabit bijak. Tak percaya Nabi Muhammad SAW naik ke langit bukan bermakna dia bijak. Dia malah seorang yang tak percaya kepada kewujudan Allah! Oleh tu, tak hairan jika dia juga tak percaya hal-hal mukjizat lain yang dikurnia Allah kepada Nabi Muhammad SAW serta nabi-nabi tertentu. Namun, beliau kelihatan tak begitu tetap pendiriannya mengenai fakta sejarah membabitkan Nabi Isa AS.
Orang Islam tak boleh sama-sama rayakan festival seperti dalam video kat atas ni kerana ia babit agama Hindu. Malah, hanya penduduk di sebahagian wilayah di India yang menyambutnya!
⁵
Taktau la apa masalah mamat ni. Bila bercakap nampak macam bijak tapi jahil mengenai agama khususnya Islam. Nanti ada masa aku terjemah apa dia cakap untuk memudahkan yang kurang faham Bahasa Inggeris walau penguasaan Bahasa Inggeris aku bukan bagus sangat!
Comments
Post a Comment