ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM
Letak lagi beberapa video di bawah ni supaya amalan sesuatu aliran tidak dipertikai secara semberono atau mendakwa cara aliran yang diikutinya sahaja yang betul.
Memang baca Al-Kahfi pada malam Jumaat digalak Nabi Muhammad SAW tapi baca Al-Baqarah setiap malam Jumaat pun takpa! Bidaah apa benda? Surah yang ni pun baginda suruh baca selalu khususnya beberapa ayat bahagian akhir.
Berdasarkan video kat atas ni, aku suka cara beliau beri penerangan. Namun, berdoa dalam Bahasa Melayu ketika tahiyat akhir aku tak setuju kerana aku ikut pandangan yang biasa aku dengar sejak dulu iaitu doa Bahasa Melayu dalam hati ketika sujud akhir. Ustaz-ustazah aku pada 1970-an dan 1980-an dulu tu ada juga yang pernah belajar kat Universiti Al-Azhar, Mesir manakala tuan guru-tuan guru yang mengajar kat masjid kampung aku pada era yang sama pula ada yang pernah belajar di Makkah pasca Perang Dunia 1 yakni waktu kerajaan Arab Saudi yang ada sekarang ni baru ja nak ditubuhkan!
Pelik jika imam di masjid sebesar ni didakwa tak tahu baca al-Quran dengan betul!
Mudah ja bab Allah duduk di atas Arasy ni. Ulama dulu atau salaf beriman dengan ayat al-Quran berkenaan bulat-bulat dengan serah maksud duduk di atas Arasy ni kepada Allah. Ulama kemudian seperti Asyairah ramai yang memaksudkan duduk di atas Arasy sebagai ayat yang menunjukkan keagungan Allah kerana Allah wujud tak bertempat. Itu ja. Dua-dua fahaman ni betul kerana tak bertelingkah dengan keseluruhan isi al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang membabitkan sifat-sifat Allah.
Sama juga jika aliran lain seperti yang popular sekarang dengan gelaran Aswaja tanya: Ulama kami ajar amalan-amalan apa yang nabi Muhammad SAW tak buat sajakah sehingga tak ajar ilmu-ilmu Islam lain yang amat luas? Dalam pada tu kena faham bahawa bukan semua amalan nabi Muhammad SAW tak buat tu salah!
Baca buku sejarah mengenai kisah-kisah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW tentu dapat jawapan kenapa berlaku perpecahan umat Islam.
p
ì
Ucapan berdegar-degar Dr Maza mengenai aliran sesat kat dalam video kat atas ni sesuai dilanjutkan pula dengan dengar sampai faham isi video Gus Baha kat bawah ni.
Isu-isu seperti dalam dua video kat atas ni tak perlu dibahas kerana setiap aliran terbabit punya pandangan berbeza.
Semua orang perlu wang untuk hidup. Yang utama, puncanya halal! Oleh itu, video kat atas ni tak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mengatakan sesebuah aliran terbabit salah!
Comments
Post a Comment