TIMUR TENGAH LAGI 









Sedikit komen mengenai tiga video kat atas ni. Hilang pekerjaan dan difahamkan mahu dihantar pulang ke negara asal menyebabkan majoriti penduduk Amerika Selatan boikot Coca-Cola. Hilang pekerjaan juga, rumah diletup hingga terpaksa tinggal di kem-kem pelarian, malah orang awam dibunuh termasuk orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak namun McD tetap disanjung tinggi dengan pelbagai alasan. Menyedihkan bila yang bercakap adalah golongan bijaksana! Sebagai bersolidariti terhadap golongan marhaen maka saya yang selama ini suka Coca-Cola Zero akan stop minum mulai hari ini, insya-ALLAH. Kopi jenama berkenaan memang saya tak pernah minum pun! Viva Palestina!



















Retorik pelik lagi menjengkelkan! Tiada bantuan yang betul-betul berbentuk ketenteraan diberi untuk mempertahankan maruah negara jirannya iaitu Palestin yang sudah puluhan tahun dilanyak Zionis walau beliau sendiri seorang yang mahir bermain senapang malah menggunakan payung terjun! Saya terjemah kata-katanya secara bebas berdasarkan terjemahan English: "Sudah 25 tahun saya katakan tidak kepada usaha memindahkan penduduk Palestin, tidak kepada bina tempat baru untuk dipindahkan penduduk Palestin dan tidak kepada sebuah negara lain untuk penduduk Palestin. Saya tegaskan semula tentang pendirian teguh kami yang menentang pemindahan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Dan, membina semula Gaza perlu dilakukan tanpa pemindahan penduduknya."



Comments