POLITIK MALAYSIA

Isu membabitkan pemimpin-pemimpin politik kat Indonesia macam sama ja dengan apa yang berlaku di Malaysia. Oleh tu, saya mulakan posting kali ni dengan sebuah lagu yang dituju secara umum kepada semua orang yang minat politik.


Nota: KPK tu bukan Kementerian Perdagangan dan Komoditi, tak jugak Ketua Pengarah Kesihatan kat KKM, tapi singkatan kepada Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia.


Kat bawah ni dua video babit kes pihak penguatkuasa bertindak terhadap seorang penjual petai. Yang best-nya, peniaga-peniaga lain dekat tempat beliau berniaga difahamkan tak diambil tindakan. Kes babit seorang pemimpin politik dari Pahang pun serupa! Ada yang dah didakwa di mahkamah tapi pihak pendakwaraya tarik diri! Maknanya, seseorang yang punya wang seolah-olah punya kuasa untuk menyelamatkan dirinya manakala seseorang yang berjawatan tinggi juga seolah-olah ada kuasa untuk berbuat hal yang sama. Satu nasihat: "Dunia boleh lepas! Akhirat jawab sendiri!"








Pendapat dalam video kat atas ni tak begitu menusuk jiwa. Pada saya begini. Jika ada parti lain umum join jadi kawan rapat PAS baru la jelas PAS dapat lebih undi. Hal rampasan beratus juta ringgit ni macam kerajaan Madani nak lenyek UMNO ja! Namun, pada PRU depan, undi ahli-ahli Umno bakal berlegar di kalangan parti-parti dalam kerajaan Madani jugak kerana mereka sama-sama ada kepentingan untuk kekalkan kerajaan Madani. Tambah lagi, GAJAH sama GAJAH berjuang PAS yang kena pijak. Tonton pula video kat bawah ni dan hayati betul-betul supaya anda faham makna kehidupan.






















































Kat Malaysia susah cari orang macam lelaki dalam video kat atas ni: Tak mengaku kalah sampai mati!






Comments