ISU ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM 

Saya letak di sini beberapa video pelbagai aliran dalam Islam bukan untuk melaga-lagakan pihak-pihak terbabit tapi sekadar untuk saya fahami perbezaan-perbezaan tertentu yang wujud di kalangannya. Namun, saya berpegang kepada pendapat aliran majoriti masyarakat di negara ini yang saya amal sejak kecil. Saya mulakan kali ini dengan sebuah lagu yang sangat dalam maknanya bagi yang mengerti!





















Dalam keratan video kat atas ni, kedengaran suara arwah TGNA sedang mengajar. Pada saya, beliau bercerita mengenai apa yang diamal di Makkah dan tempat-tempat tertentu bukannya beliau menyalahkan apa yang telah diamal di negara ini dan negara-negara jiran kita sejak ratusan tahun dulu.




















Saya menyukai ustaz-ustaz seperti dua individu dalam dua video kat atas ni kerana mereka mengajar dengan memberi tumpuan kepada disiplin ilmu. 






Berkaitan dua video kat atas ni, pada saya tiada masalah untuk diamal mana-mana cara. Cuma, pada saya, jika tak darurat, lebih baik duduk ketika makan dan minum, manakala dalam situasi tertentu HANYA sebut aaamiin perlahan atau diam ketika khatib berdoa. Ada sekali, sekitar lima atau 10 tahun lepas, badan saya ditepuk lelaki tak saya kenal berusia sekitar 40 atau 50-an semasa khatib baca doa. Saya ketika itu duduk di atas lantai marmar di bahagian sayap kiri Masjid Jamek Seberang Jaya (sekarang namanya Masjid Muhajirin) Saya terus angkat tangan kerana takkan nak bagitahu hal ini tak penting kerana kata ustaz tak boleh bercakap. Selepas solat, saya taklah nak terangkan kepada beliau kerana hal ini kecil dan tepukannya pun bukan kuat sangat! Namun, di masjid yang sama sekarang ni, saya kerap tak angkat tangan dan saya sekadar diam atau sebut aaamiin perlahan kerana saya dapati agak ramai tak angkat tangan juga tak sebut aaamiin kuat, tak seperti cara dulu-dulu tu.





Tengok video kat atas ni. Isu poligami dalam satu aliran pun boleh berbeza pendapat. Oleh tu, kenapa sebilangan ustaz dari pelbagai aliran susah sangat untuk berbeza pendapat dalam beberapa hal lain yang turut dibenarkan pihak-pihak berkuasa tertentu?


Hal seperti yang dinyatakan individu dalam video kat atas ni perlu penjelasan terperinci.


Boikot ni untuk tunjuk sokongan terhadap Palestin. Ia turut disokong ramai bukan Islam di seluruh dunia. Malah, dalam beberapa keadaan, orang bukan Islam lebih ke depan. Ia bukan masalah royalti di beri McD kat Malaysia ni kecil atau syarikat selainnya ada yang lebih banyak bagi duit kepada entiti haram Israel tapi jelas bukti gambar beberapa tentera pihak Zionis gembira makan produk syarikat terbabit! Oleh itu, tak perlu nak berbahas memetik hadis pun. Pihak usahawan-usahawan Islam pula sepatutnya berusaha menukar hala perniagaan masing-masing ke arah yang lebih sesuai.


Tengok video kat atas ni. Hal kecil ni pun nak diperbesar-besarkan seolah-olah ulama aliran lain salah. Saya sendiri makan sampai dekat azan Subuh dengan panduan jam walau saya kebanyakannya ikut kaedah masyarakat Islam tempatan dalam banyak hal lain.








Kena siasat betul-betul sebelum dakwa cara perubatan yang dilakukan seseorang itu sesat. Berdekatan kampung saya di Beruas, Perak dulu ada seorang bomoh patah yang guna air sejuk sahaja. Diceritakan orang, sebelum beliau mula mengubati orang patah, beliau mengalami suatu kejadian mistik. Beliau pinjam batu pengasah tapi malangnya beliau terpatahkan batu pengasah itu dan amat risau kerana beliau tiada wang untuk ganti. Beliau letak batu pengasah yang dah patah itu ke dalam bekas air lalu berdoa supaya ia kembali bersatu. Dengan kehendak Allah, tak lama kemudian batu pengasah itu kembali ke bentuk asal. Dan, sejak itu beliau berkebolehan mengubati orang yang menghadapi masalah tulang patah. Seorang lagi pula difahamkan telah menerima sijil pengktirafan oleh pihak penjajah British kerana berkebolehannya mengubah kanser yang dihidapi seorang pesakit di Hospital Ipoh ke batang pokok.




Comments