LAGI TIMUR TENGAH
Bila tonton macam-macam jenis video, kita boleh dapat sikit maklumat mengenai sesuatu isu di sana. Dalam kes menjatuhkan regim di Syria, saya sokong. Tapi, semua pihak terbabit dalam usaha ini perlu bersatu kukuhkan pemerintahan baru. Mereka juga perlu bersedia hadapi serangan kuasa besar, mungkin lebih dari satu negara, yang akan menghujani bom ke lokasi-lokasi tertentu di Syria - seperti yang berlaku di Palestin - dalam tempoh terdekat, meskipun pihak-pihak yang memerangi kerajaan Bashar al-Assad tu sebelum ni ditaja oleh pihak atau pihak-pihak yang bakal menyerang ini. Politik perang akhir zaman penuh dengan konspirasi! Nampak gaya, negara entiti haram Israel yang kini terduduk bakal bangkit semula! Oleh itu, semua warga Syria yang menari-nari seronok lihat situasi di negaranya sekarang janganlah pula sampai abai belajar cara berperang gerila!
Comments
Post a Comment