ISU ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM
Video-video kat sini bukan sumber utama ilmu. Nak ilmu kena belajar dengan guru-guru yang lurus. Video-Video kat sini sekadar untuk jentik otak kita supaya kita berfikir secara waras. Itu ja!
Sekadar muhasabah diri saya yang sering buat silap! Lelaki berkenaan dalam video kat atas ni mungkin berkata dengan niat ingin bercanda tapi terlepas cakap. Namun, beliau dan ustaz-ustaz kat atas pentas ni tak patut mentertawakan penjual air yang mungkin ralit dengar ceramah sehingga berdiri tercegat di situ. Bagitahu ja bapak ni supaya beredar ke tempat lain kerana beliau halang pandangan para muslimat berkenaan. Saya difahamkan ada seorang dermawan terpanggil untuk menaja bapak ni pergi umrah menjelang Ramadan depan. Semoga Allah murahkan rezeki bapak ni. Aaamiin. Dalam perkembangan terkini, dua individu yang terlibat telah bermaaf-maafan, malah lelaki yang bergelar Gus yakni berketurunan ulama ini telah meminta maaf secara terbuka di atas isu berkenaan. Alhamdulillah! Di bawah ni beberapa video yang membabitkan peristiwa tragis ini. Diharap kita dapat sesuatu yang bermanfaat, insya-ALLAH.
Mak dan ayah aku dilahirkan di negara ini. Tapi, datuk dan nenek sebelah mak aku juga sebelah ayah aku, empat empat bukan lahir di Malaysia. Mak ayah aku Banjar, ayah ayah aku Acheh. Mak mak aku Jawa, ayah mak aku Pakistan. Empat bahasa. Kesemuanya aku taktau! Jadi, aku cuba geledah internet untuk faham beberapa perkataan pelik yang diucap oleh wanita dalam video kat atas ni. Jika aku salah petik, aku minta maaf!
1. ketimbang - berbanding dengan
2. keblinger - keliru, gagal faham, salah langkah, salah fikir yakni yang sering diguna untuk gambarkan seseorang yang pandai dan berilmu tapi tersesat jalan
3. unyeng-unyeng - pusaran rambut yang berlingkar di pusat kepala tapi dalam video kat atas ni wanita ni gambarkan perlakuan menggoyang-goyang kepala seseorang
4. sampean/sampeyan - kamu dalam bentuk menghormati
5. ngeles - alih topik perbicaraan atau mencari-cari alasan apabila disoal seseorang
6. kanjeng - kata sopan untuk bangsawan, imam serta pemimpin dan kerana ini nabi Muhammad SAW disebut kanjeng sebagai ganti kepada perkataan baginda sebaliknya Allah disebut gusti
7. comberan - tempat buang air kotoran yang kalau kat Pulau Pinang depa kata ayaq acaq
8. goblok - tersangat bodoh tapi disebut agak lembut oleh wanita dalam video kat atas ni dengan sebutan gablak
9. guyon - bercanda atau biasanya disebut oleh warga Malaysia sebagai buat lawak
10. kagak - tidak
11. ngademin - yang dihormati
12. kebun binatang - tempat menternak pelbagai haiwan untuk tujuan pembiakan, penelitian atau rekreasi yang dalam singkatan ia disebut sebagai bunbin
Video kat atas ni sebuah satira yang disampaikan oleh seorang tokoh budaya Indonesia.
Aku bukan nak sokong mana-mana pihak. Orang-orang Islam ni bersaudara. Jadi, setakat menyatakan sokongan atau kritikan terhadap sesuatu pendapat atau pernyataan tu tiada masalah.
Comments
Post a Comment