PERCATURAN NEGARA-NEGARA BESAR
Kenyataan diberikan seorang lelaki dalam 4 video sederet kat atas ni, khususnya mengenai Taliban dan Afghanistan, tak tepat. Dia kelihatan memetik fakta-fakta dari berita-berita disiar media Barat yang bias. Apakah di Indonesia tiada pembunuhan kejam? Apakah sesuai kita katakan Muhamadiyah salah jika seseorang penjenayah menjadi ahlinya? Atau, NU salah jika ada seseorang penjenayah menyertai organisasi ini? Sekarang, penanaman popi untuk buat dadah telah disekat di Afghanistan. Perempuan dibenar bekerja malah belajar. Terusan besar dibina untuk membangun sektor pertanian. Kilang-kilang baru semakin banyak dibuka. Ramai dah tahu juga bahawa negara ini bukan miskin kerana banyak sumber galian dalam bumi Afghanistan, manakala ia adalah laluan strategik untuk membina saluran paip minyak petrol dari sesebuah negara ke negara-negara lain.
Comments
Post a Comment