BEBERAPA ADEGAN MENARIK
Dulu masa kecik, aku suka tengok wayang. Bila aku sekolah menengah kat BM, Seberang Perai; aku kenai dan kawan rapat dengan beberapa pelajar, dan yang paling karib ialah Ahmad bin Omar bin Ahmad, paling kamceng masa kami tingkatan 3, tahun 1980. Ikrab sangat sampai jika isap sebatang rokok sering kami kongsi berdua! Nama dia sama dengan nama datuk dia. Dia berasal dari Permatang Aur. Oleh kerana tu, dia cakap pekat Seberang Perai Utara. "Man, jom tengok gambaq." Dan, kerana mengingati dia, aku guna istilah gambaq dalam blog aku, bukannya filem. Aku pernah cuba cari Ahmad - nama panggilannya Mat - lepas habis SPM. Aku pi gerai ayaq tebu paksu dia kat Bagan, tapi paksu dia pun taktau Mat ada kat mana. Gerai yang terletak di Stesen Bas Butterworth tu pun dah lenyap setelah berlaku kebakaran besar. Sekarang, kawasan tu telah dibangunkan semula dan dikenali sebagai Penang Sentral.
Comments
Post a Comment