GUS BAHA & LAIN-LAIN
Kita perlu hormat ulama. Kalaupun kita tak setuju dengan pendapat seseorang daripadanya, tak kira berbeza manhaj atau hal parti politik, kita tetap kena hormat atas dasar ilmu. Saya pernah sertai pertemuan 6 mata dengan seorang ulama Umno. Saya ketika itu menemani seorang presiden persatuan peniaga Melayu yang ingin menawarkan jentera untuk membersih sampah kolam-kolam sekitar Kuala Lumpur. Beberapa tahun selepas itu, setelah saya bergiat menulis isu politik, pertubuhan Islam yang diketuai ulama berkenaan saya kritik habis-habisan. Saya kritik hal organisasi yang dipimpinnya, bukan beliau secara individu!
Comments
Post a Comment