Hal PAS & yang berkaitan politik
Pandangan mengenai politik di negara ini seperti yang diutarakan dalam video kat atas ni pada saya tepat.
Saya terjemah secara bebas kata-kata ilmuan Islam kat atas ni yang saya difahamkan beliau pernah belajar di Malaysia: "Perkara celaru mengenai ilmu agama sekarang guru saya bagitahu saya hal ini sudah berlaku amat ketara. Berjaga-jaga bila menuntut ilmu terlalu mendalam kerana sesiapa yang belajar lebih tinggi, mereka boleh bagi bukti mengenai hal apa-apapun. Mereka boleh buktikan apa-apa yang mereka lakukan itu betul lalu menafikan apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang lain. Mereka boleh putar fakta menurut agenda mereka. Allah menerangkan hal sebegini sebagai usaha untuk menguasai dalam persaingan sesama sendiri. Ia bukan demi kepatuhan kepada agama Islam. Ia sebenarnya untuk berasa lebih hebat daripada orang-orang lain, untuk memperlihatkan orang-orang lain berada di bawahnya. Hal ini membabitkan perjuangan untuk memperoleh kuasa."
Dalam politik, kena pastikan tiada penyokong kecewa seperti wanita dalam video kat atas ni!
***
PAS pasti ada kesalahan. Sikit tapi tetap ada salah hal kewangan, malah cakap tak serupa bikin pun ada! Hal salah mengenai tuntuan elaun cecah puluhan ribu ringgit pernah berlaku, manakala kebajikan keluarga mangsa Memali pula saya difahamkan tak diendah. Isteri dan seorang anak lelaki ustaz terbabit saya lihat merungut di YouTube. Malah, sampai bagitahu seorang tetamu dari sebuah negara jiran bahawa mereka tak memaafkan pihak yang terbabit dalam peristiwa berdarah itu.
Dalam hal berkaitan, ahli-ahli Parlimen PAS sekarang bukan sekadar lulusan pengajian Islam, yang faham ekonomi ala Barat pun ada. Tak tahulah saya sama ada ada di kalangan mereka berkenaan sudah kritik dan bagi cadangan bernas terhadap belanjawan yang dibentang baru-baru ni. Namun, saya agak kesal bila saya tonton sebuah video TikTok yang muncul kat skrin henfon saya, seorang pemimpin PAS nasihat kerajaan perlu ikut cara nabi Yusuf SA tanpa beri penjelasan macam mana kerajaan perlu melaksanakannya dalam situasi ekonomi Malaysia sekarang! Mungkin juga kerana video tu pendek, maka ucapan beliau tak jelas. Siapa yang letak secara semberono video tu begitu ja turut saya kesali. Apa-apapun, Parlimen bukan sekadar tempat bagi teori tapi kena tunjuk betul-betul di mana salah kerajaan jika pembahas tu seorang pembangkang. YB-YB yang pro-kerajaan pula jika nak bodek pun biar kena gaya!
Orang awam perlu penjelasan mudah - macam dalam video kat atas ni - mengenai apa yang dirancang dan yang berjaya dibuat PAS. Tak perlu ikut cara sesetengah pemimpin yang janji terlalu hebat seperti nak hapus hutang pelajar, turun harga minyak seolah-olah boleh mempengaruhi OPEC, membasmi rasuah dan macam-macam lagi tapi bila berjaya memerintah negara berlaku buang kes berunsur politik kat mahkamah. Yang asyik dilakukan pula lebih kepada sibuk berceramah mengutuk pihak lawan.
Perbahasan hal bajet oleh 2 YB dalam 2 video kat atas ni "not bad." Not bad secara harfiah bererti tak buruk tapi makna sebenar ikut Bahasa Inggeris membawa maksud baik. Orang luar negara, khususnya warga Amerika Syarikat, jenis susah sangat nak puji orang lain. Sebab tu depa kata not bad. Melayu pula bila kata orang bodoh kadang-kadang suka guna perkataan "kurang bijak" supaya kedengaran tak buruk sangat. Apa-apapun, saya suka perbahasan seperti 2 YB kat atas ni DAN seorang YB dalam video di bawah ni. Orang yang kritik beliau pula pada saya kurang bijak. Jangan marah!
Comments
Post a Comment