ALIRAN-ALIRAN DALAM ISLAM DAN YANG BERKAITAN
1. Bukan bermakna saya setuju atau tak setuju dengan pandangan-pandangan dalam video-video di bawah ni. Ia bergantung kepada situasi. 2. Jika rasa perlu, baru saya komen. 3. Apa-apa pun, saya bukan pengikut aliran yang menjadi fahaman utama di Perlis.
Ustaz dalam video kat atas ni pada saya bagus kerana beliau sering bercakap berdasarkan ilmu yang beliau telah pelajari bukannya terkongkong dengan mempertahankan sesebuah parti politik atau puak.
Kelakar bila hal baca ayat al-Quran nak sedekah pahala kepada diri sendiri pun nak dibahas di depan orang awam. Siap sebut mangkuk ayun. HeHeHe. Makan nasi dan serentak nak doa supaya kita sendiri kenyang pun tak boleh?
Saya tak faham sangat budaya dan Bahasa Arab. Oleh itu, saya tak tahu sama ada pujian pelajar terhadap gurunya dalam video di atas ni terlalu berlebih-lebihan. Yang utama, elak terikut-ikut cara Jawa yang memaparkan santri-santri di sana ada yang cium kaki mak malah kiyai.
Saya setuju pendapat ustaz kat atas ni. Bukan yang sebelumnya.
Alamak! Saya bukan reti hadis sangat tapi cara ahli sufi kat atas ni berdoa lain macam. Setahu saya, nabi Muhammad SAW pun larang kita minta kat beliau tapi suruh kita doa terus kepada Allah. Oleh itu, saya berpegang pada pendapat, ketika berdoa kita CUMA kena baca solawat ke atas nabi Muhammad SAW, memuji lalu minta ampun kepada Allah yang mencipta semua makhluk dan lepas tu barulah minta sesuatu pertolongan terus kepada Allah.
Dua video kat atas. Dalam hal politik ada keluar masuk parti. Aliran pun ada. Semoga dipermudah Allah. Aaamiin.
Comments
Post a Comment