VIDEO ISU PAS DAN POLITIK NEGARA

Berpolitik biar otak terbuka. Pedih memang pedih! Tapi, semua pihak perlu terima teguran rakan atau lawan. Saya yang tak sempurna amalan, begitu juga orang-orang lain, perlu koreksi diri masing-masing. Semoga kita semua diberkati Allah. Aaamiin.



Saya rasa mereka dalam video kat atas ni sedang melakukan sound check. Tiada masalah kerana bukannya ada perempuan menari atau perkara-perkara pelik lain. Cuma, rasa lain macam bagi orang-orang yang tak suka nyanyi. Saya suka nyanyian malah boleh main beberapa jenis alat muzik. Sekadar kongsi ilmu, tempo nyanyian sahabat ni OK cuma pitching atau nada suaranya kena tinggi lagi supaya serasi dengan muzik. 





Sepanjang saya menulis hal politik PAS sekitar tengah 1990-an, saya dapati pemimpin-pemimpin tinggi parti ni sukar sangat nak bagi komen. Sebagai contoh, selepas sahaja belanjawan negara dibentang di Parlimen, hanya pemimpin-pemimpin pembangkang dari DAP yang "mesra" wartawan. Pemimpin-pemimpin PAS akan bermesyuarat dulu sesama mereka untuk memastikan komen-komen mereka terhadap soalan-soalan wartawan atau isu-isu yang dibangkitkan dalam ceramah-ceramah berkenaan belanjawan, sehari dua kemudian, tak "tersasar." Namun begitu, beberapa pemimpin pertengahan seperti abang Mat, Mahfuz Omar dan arwah Salahuddin Ayub gemar buat kenyataan media selain mudah diinterbiu. Waktu saudara Anwar dilengserkan di hujung dekad yang sama, seorang wartawan veteran pernah merungut kepada saya bahawa tulisannya disekat oleh sebuah akhbar "milik" PAS disebabkan artikel yang beliau hantar kritikal terhadap ahli politik bertaraf bekas TPM ini. Maknanya, isi ceramah pemimpin-pemimpin PAS "ditetapkan" begitu juga tulisan wartawan-wartawan pro-PAS. Oleh itu, video kat atas ni, walau dibuat musuh PAS, patut diberi perhatian. Ia memaparkan seolah-olah PAS kini tak buat ketetapan mengenai isu "skandal" Anwar sehingga cara dua pemimpin "muda" ini bercakap lain macam! Saya rasa, dua-dua ustaz ni belum lagi menjadi pemimpin utama PAS di era "reformasi" pada hujung 1990-an tu, jadi amat pelik bila mereka bercakap dalam hala yang berbeza! 





Dakwaan seperti dalam video kat atas ni, PAS kena jawab. Saya sendiri taktau betul atau tak!



Suatu peraturan semacam SOP perlu ada bagi memudahkan sesebuah kerajaan dilantik bila negara menghadapi masalah selepas keputusan sesuatu PRU tiada parti atau pakatan beberapa parti menang dengan sekurang-kurangnya dengan majoriti mudah.















Comments