ISU TIMUR TENGAH 


Pada saya, tak ada masalah jika dulu-dulu orang ramai berdebat mengenai sengketa Arab Saudi dengan Yaman yang didakwa dibantu Iran. Tapi, jadi bodoh jika sekarang ni pun hal ni masih dibahas dalam keadaan Palestin teruk diserang Zionis. Takkan Arab Saudi dan rakan-rakannya tak nak bantu serang entiti haram ni hanya kerana Hamas pun ada hubungan dengan Iran? Lihat Afghanistan, sebuah negara berjiran dengan Iran, di sana ada sengketa puak, kampung malah famili. Mereka berhenti gaduh bersenjata sesama sendiri demi bersama-sama pula menentang penjajah Russia. Lagi satu, komen saya terhadap warga Palestin, warga Afghanistan lawan musuh-musuhnya guna AK7 buatan sendiri. Malah, peluru-pelurunya dibuat kat bengkel kecil. Mereka tak baling musuh dengan batu atau sekadar lawan bertekak dengan Russia.


Mereka yang kata penduduk Palestin perlu hijrah elak perang ni tentu tahu, Saidina Abu Bakar RA bila dilantik jadi khalifah, terus beliau arah serang entiti Parsi di Iraq dan entiti Rom di Syam walau Saidina Umar RA yang garang tu suruh bina kekuatan dulu. Hoi! Palestin tu dah kena lanyak 75 tahun lebih sejak puak Zionis mula menduduki wilayah berkenaan selepas WW2.




Kenyataan ilmuan kat atas ni mengarut! Saya difahamkan, beliau telah dilengserkan dari jawatannya.











Saya pernah baca sebuah buku kajian mengenai sistem penempatan di wilayah entiti haram Israel seperti dipapar dalam dua video kat atas ni. Ia dikata sebagai sukar dilaksana seperti yang dirancang. Masalah utama ialah golongan lelaki juga perempuan yang kerja di ladang "bersengketa" dengan yang kekal di premis jaga dan ajar anak-anak serta memasak kerana masing-masing tak puas hati dengan susah senang untuk mengikuti jadual tugas harian mereka.










Comments