CERAMAH USTAZ DAN LAIN-LAIN TERMASUK CENDIAKAWAN DARI LUAR NEGARA

















Hal-hal babit karomah memang boleh berlaku. Masalahnya, orang-orang yang bercerita mengenai sesuatu kejadian ajaib tu perlu bercakap benar. Itu ja. 


Dakwaan wanita kat atas ni berat sangat. Beliau ni sepatutnya bagitahu pihak berkuasa bukan bercakap terbuka seperti ini untuk elak tersilap faham di kalangan orang-orang awam yang menontonnya. Saya pada tengah 1990-an sering berurus niaga dengan beberapa wanita pertubuhan ini yang berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat yang terletak di bawah payung yang sama. Saya dapati mereka masih "kasih" kepada "abuya" dengan bercerita mengenai kezaliman individu tertentu yang dilakukan kepadanya. Saya pernah diajak kahwin dengan memilih mana-mana individu yang saya suka walau saya kata saya bukan orang berilmu malah hisap rokok. "Takpa, nanti ubah pelan-pelan," pujuk seorang yang saya panggil Kak Long. Ada 4 syarat Kak Long bagitahu untuk kahwin dengan mereka: 1.Solat tak tinggal 2.Pakai sesuatu di kepala. Ketayap atau songkok pun OK. 3.Tak boleh hisap rokok. Syarat keempat saya dah lupa! Apa-apa pun, Kak Long dan lain-lain tu amat ramah bila berbual dengan saya. Saya tak boleh lupa peristiwa saya ke majlis minum petang di sebuah rumah jaga kanak-kanak dekat Damansara. Sekitar 10 orang perempuan muda, hampir semua kelihatan seperti remaja, berbaju kurung tanpa niqab, duduk sebaris atas lantai, depan saya yang datang dengan seorang rakan. Hanya kami berdua ja di ruang tamu ketika itu. "Sulaiman pilih la," kata Kak Long. Saya terdiam! Saya suruh kawan saya pilih kerana saya baru ja bertunang dan akan kahwin beberapa minggu lagi. Kawan saya pula tak nak walau beliau macam saya, masih single di usia lebih 30 tahun. 










Dah 30 tahun aku tak bersua Redhuan Onn. Pada aku, beliau seorang yang amat sabar dalam mengharungi kehidupan selepas tak begitu "popular" dalam PAS. Semoga Allah memberkati beliau dalam bidang yang beliau ceburi. Aaamiin.


Rosak aqidah bukan setakat sebab amal aurad muhammadiah. Kata Redhuan Onn, 99% warga Malaysia dah punah. TGNA pula! Fikir-fikir la dengan ilmu. Semoga diberkati Allah. Aaamiin.



Malaysia pelik, negara-negara lain termasuk Indonesiapun pelik. Orang Islam kahwin dengan bukan Islam dibenar pemerintah Indonesia, yang berpendirian macam video kat atas ni pun berlambak!







Kata-kata TGHA dalam video kat atas ni betul tapi ramai yang memperolokkannya dalam bentuk nyanyian. 




















Comments