KATA-KATA BAIK PUNYA!





Saya tertemu video ni melalui TikTok. Ucapan camni takdak makna jika diguna pihak seteru politiknya! Oleh tu, bagi yang berkempen untuk PRK kat Johor nanti toksah guna cara ni kerana boleh jadi bola tanggung. Cuba perati orang main takraw, bola tanggung dapat kat killer atau pengapit pun sama, depa rejam meletup punya!




Sekali masa sekolah rendah awal 1970-an, semua cikgu stop mengajar kerana guru besar Mat Lazim bagi peluang budak-budak tonton Mat Ali boxing. Abang Din tukang kebun malah ayah aku pun tumpang sekaki hadap TV hitam putih yang gambarnya tak berapa jelas sebab kawasan kampung aku berbukit-bukau. Ayah aku yang duduk di kerusi sebelah guru besar tu ubah gaya bercakapnya kepada loghat Kuala Kangsar sebab menghormati cikgu Mat Lazim.









Comments