REGGAE
Saya mula minat reggae sekitar awal 1980-an. Masa tu, peminat genre muzik ni didakwa suka hisap ganja meskipun ramai kaki rock pun serupa! Bagi saya, saya tak minat dadah, saya sekadar minat rentak lagu reggae yang bila kita dengar betul-betul, kita akan dapati pemain deram memukul agak kemudian berbanding tempo muzik manakala lirik lagunya pula sering bercerita mengenai perjuangan menentang ketidakadilan. Banyak juga lirik lagu reggae, khususnya yang dinyanyi Bob Marley dan Peter Tosh, yang memuja Jah Rastafari. Bab ni saya tolak! Yang pasti, abaikan hal-hal yang negatif. Masa usia saya belasan tahun dulu tu, saya juga pernah berkawan dengan seorang pelajar wanita kulit hitam dari Afrika yang rambutnya berpintal-pintal siap bermanik pelbagai warna. Rambut saya ketika tu panjang melepasi bahu lalu dia kata dia boleh tolong pintal rambut saya. Kena ambil masa sejam dua! Tapi, saya tak berapa suka gaya rambut begitu.
Comments
Post a Comment