ISU BABIT ALIRAN DALAM ISLAM DAN LAIN-LAIN 

Ada berpendapat ambil ilmu dari medsos salah. Saya pula berpendapat tidak. Ini kerana semua pihak, termasuk pihak-pihak berkuasa, lebih mudah mengawal selia untuk memastikan sama ada ilmu yang disampaikan dalam medsos ini betul atau salah. Jika tiada pihak berkuasa bertindak pun, kebanyakan netizen akan memberi komen berdasar fahaman masing-masing lalu kita boleh menilai betul atau salahnya ilmu yang disampaikan seseorang berkenaan. Namun, jangan abai belajar dengan guru-guru yang benar-benar "bertauliah" di luar medsos. Saya letak di sini beberapa video yang ada saya setuju, ada saya separuh setuju dan ada yang langsung saya tidak setuju!











Video kat atas ni pamerkan contoh masalah orang berilmu yang suka mengecam pendapat aliran lain seperti pemahaman mengenai sifat Allah. Allah memang diketahui tak berjisim. Titik. Konsisten atau tak konsisten pandangan orang lain itu tak penting. Contoh, saya tolak orang kata Allah berada di langit kerana Allah wujud tak bertempat. Kelihatan pandangan ulama pilihan saya ini tak konsisten dengan ayat al-Quran dan hadis yang mengatakan Allah bersemayam di Arash dan nabi tak larang orang tunjuk ke atas bila menjawab persoalan di mana Allah. Jangan silap mengerti kedua-dua hal ini kerana saya tetap beriman dengan ungkapan Allah bersemayam di Arash dan tunjuk ke langit itu tapi dalam hal kedua-dua ungkapan ini saya tak FAHAM maksudnya. Kelihatan tak konsisten? Tak perlu pertikai kerana pada saya, kita tak sepatutnya terlalu fikir mengenai sifat Allah. Percaya mengenai kewujudan Allah sudah cukup. Lebih banyak hal lain yang diperintah buat dan dilarang Allah yang patut dipelajari dan diamal.





































Pandangan mengenai majlis mengingati kelahiran nabi Muhammad SAW seperti dalam video kat atas ni bagus. Begitu juga penjelasan TGNA sebelumnya yang saya fahami sebagai majlis maulid nabi tu bukan sunat tapi amalan baik yang dianjur nabi seperti bagi orang-orang-orang miskin makan atau baca sejarah kisah nabi pada hari berkenaan tu yang sunat.


















Comments