GAMBAQ 


Filem kat atas ni dah saya tonton setakat 40 minit. Ada masa lapang nanti saya kena sambung kerana menarik. Rumah-rumah papan, telaga, air terjun, bukit-bukau. Watak nenek berketurunan Red Indian yang terpaksa menjaga 2 cucunya dan mak mereka yang hilang ingatan setelah terbabit dalam kemalangan kereta. Bapa cucu-cucunya, seorang penulis pula telah meninggal dunia akibat kemalangan terbabit. Seorang pekerja nenek itu, lelaki muda kulit hitam ditambah dengan sejarah perseteruan wilayah utara dan selatan negara Uncle Sam ni manakala penduduk kulit putih di kampung yang dipapar dalam filem ini kelihatan amat miskin, makan tak cukup, diselangi dialog puitis khususnya ucapan nenek berkenaan membuatkan saya terkesima. Jika anda berjiwa kemanusiaan saya syor anda tonton filem ini. Saya malah tak sabar untuk mengetahui kesudahannya. Tapi, sekarang dah 2:30 pagi, 31 Jan 2024. Saya nak sambung baca pula buku terjemahan, Muslihat Mahathir tulisan Barry Wain.






























































































































































































































































































Comments