SAJAK TERJEMAHAN

Monkey Vomit (or I Once Paid 40,000 Rupiah For A Cab)

Muntah Monyet (atau Aku Pernah Bayar Tambang Teksi 40,000 Rupiah)

oleh Carrie Rudzinski (ditulis pada 2012)

MONKEY VOMIT
IS NOT THE SORT OF THING
YOU WORRY ABOUT

     MUNTAH MONYET

     BUKAN SUATU HAL

     KAU RISAUKAN
 
UNTIL IT HAPPENS TO YOU.

     SEHINGGALAH IA BERLAKU KEPADA KAU.
 
CHICKEN-SACRIFICE-CEREMONIES
ARE NOT THE SORT OF THING
YOU HOPE FOR

     AYAM-SEMBELIH-MAJLIS-MAJLIS BERADAT

     BUKAN SUATU HAL

     YANG KAU INGIN LIHAT
 
UNTIL YOU DON’T HAVE YOUR CAMERA
TO PROVE TO ANYONE
THAT IT HAPPENED.

     SEHINGGALAH KAU TIDAK BAWA KAMERA

     UNTUK BUKTIKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA

     YANG IA BERLAKU
 
TO EAT THE SEA URCHIN
OR TO NOT EAT THE SEA URCHIN
is an important question
when someone cracks one open
in the middle of the ocean
and pours some beige Sea Urchin brain liquid
into your hand.

     MAKAN LANDAK LAUT

     ATAU ENGGAN JAMAH LANDAK LAUT

     adalah suatu persoalan penting

     apabila seseorang membelahnya terbuka seekor

     di tengah-tengah laut

     lalu menuang sedikit otak landak laut kekuningan

     ke atas tangan kau.
 
I’m trying to be a YES person.
Sometimes I’m just hesitant.

     Aku cuba menjadi seorang YA.

     Kadang-kadang aku sekadar teragak-agak.
 
My mother’s favorite analogy
about my personality is the time
she took my two siblings and I to the pool
and we all watched a kid backflip off the diving board.
My brother witnessed the act several times
before attempting the feat himself.
My younger sister took one look
and when flying in head first.
I, with all seven years of my wisdom,
walked to the shallow end
and used the stairs.

     Analogi digemari mak aku

     mengenai personaliti aku ialah ketika

     dia membawa dua adik beradik aku dan aku ke kolam renang

     dan kami lihat seorang budak lompat ke belakang dari papan terjun.

     Abang aku tonton aksi itu beberapa kali

     sebelum dia sendiri tiru gaya itu.

     Adik perempuan aku tengok sekali

     lalu dia terbang dengan kepala dulu.

     Aku, dengan segala kebijaksanaan tujuh tahun,

     berjalan ke kawasan hujung yang cetek

     terus guna anak-anak tangga.
 
My favorite thing about not really being a YES person
is the surprise. When you realize
This is the only chance I will ever have to do this one thing
and I will not die because I do it.
So you strip off all of your clothes
in front of a tour bus full of strangers
and dive into a lake of glacier water.

     Perkara paling aku suka untuk tidak terlalu menjadi seorang YA

     ialah kejutan. Apabila kau sedar

     Ini adalah satu-satunya peluang untuk aku buat benda ini

     dan aku tak akan mati kerana melakukannya.

     Oleh itu kau tanggal semua pakaian

     depan bas pelancong penuh orang-orang asing

     lantas terjun menjunam ke dalam tasik glasier.
 
Yes,
I lived in a Hippie Commune in New Zealand
called Rainbow Valley for a week
and there really were rainbows
every single day.

Yes, on my 24th birthday I discovered

that wild seals will literally head butt
you in the snorkel mask.
Yes, Indonesia has spiders
larger than my outstretched hand.
The Orphanage in South India
had forty girls to room, no beds,
and a concrete floor.
In Kuala Lumpur, Malaysia
you can get a fifteen minute
foot massage from fish
for a dollar.

(That’s less than a penny for each fish.)
I have never felt like more of a badass
than when I stood up twelve times
on a surfboard in Bali
nor in more pain than the day after.
In the mountains of India,
we were told to lock the windows and doors
of our shack so the tigers didn’t break in
and eat us.

I ate dinner at a table
next to Arnold Schwarzenegger
and his six body guards
in motherfucking IDAHO.

     Ya,

     Aku menetap di komune hippies di New Zealand

     dinamakan Rainbow Valley selama seminggu

     dan di sana memang muncul pelangi-pelangi

     setiap hari. Ya, pada hari jadi aku ke-24 aku baru tahu

     bahawa anjing laut liar secara literal sondol kepala

     kau yang memakai topeng snorkel.

     Ya, Indonesia ada labah-labah

     lebih besar daripada tangan aku yang terbuka.

     Rumah anak yatim di India Selatan

     menempatkan empat puluh perempuan sebilik, tanpa katil,

     dan lantainya konkrit.

     Di Kuala Lumpur, Malaysia

     kau boleh dapat khidmat urut kaki

     guna ikan selama lima belas minit

     cuma dengan bayaran satu dollar.
     (Tak sampai satu sen untuk setiap ikan.)

     Aku tak pernah rasa lebih bangang

     berbanding dengan aku berdiri dua belas kali

     atas papan luncur di Bali

     begitu juga lebih sakit daripada apa yang aku alami esoknya.

     Di pergunungan di India,

     Kami dibagitahu supaya kunci tingkap-tingkap dan pintu-pintu

     pondok kami bagi mengelak harimau ceroboh masuk

     selanjutnya baham kami.

     Aku makan malam di meja

     sebelah Arnold Schwarzenegger

     serta enam pengawal peribadinya

     di negeri aku menyampah IDAHO.

I’ve learned that it doesn’t really matter

where you are, ADVENTURE
is sometimes still spelled MEGABUS.
That freedom is never too small a word.
That money is just another way to say energy.
That being homeless and wandering
for two years taught me that I should not wait
for second chances.

     Aku sudah belajar bahawa tak penting

     Di mana pun kau berada, PENGEMBARAAN

     kadang-kadang masih dieja MEGABUS.

     Bahawa kebebasan bukannya sebuah perkataan kecil.

     Bahawa wang adalah suatu cara lain untuk menyebut tenaga.

     Bahawa menjadi gelandangan dan merayau

     selama dua tahun mengajar aku tak perlu menunggu

     peluang-peluang kedua.
 
I love the way buying a plane ticket
makes me feel – the shock
of waking up on a friend’s couch –
the possibility of never coming back.
I have always wanted to see everything.
I have only ever hoped to be loved
by someone who wanted
to see everything with me.

     Aku suka kaedah beli tiket kapal terbang

     membuatkan aku rasa - terkejut

     bangkit dari sofa di rumah kawan -

     mungkin tak akan kembali lagi.

     Aku sentiasa hendak lihat semuanya.

     Aku hanya pernah berharap untuk dicintai

     oleh seseorang yang ingin

     melihat semuanya bersama-samaku.
 
My favorite memory of my best friend April
is the two of us getting kicked out of a cemetery
in Boston for swimming. I’ll never forget
the security guard that followed us to the front gate,
his sweaty thighs sticking to the seat of his golf cart,
eyeing our algae drenched tank tops,
his envious tone betraying his authority, asking
“But was it…cold?”

     Memori pilihan terbaik bersama rakan karib aku April

     ialah kedua-dua kami dihalau dari sebuah kawasan perkuburan

     di Boston kerana kami berenang. Aku takkan lupa

     pengawal keselamatan yang menemani kami ke pagar depan,

     peha-peha melekitnya melekat pada tempat duduk bugi golf,

     intai kemeja T ringkas kami yang lenjum dengan alga,  

     nada iri hatinya mengkhianati kewibawaannya, menyoal

     “Tapi kat situ … sejuk, kan?””
 
I’ll never forget the way April held her arms out
when she leapt into that lake: the way she gave
her body over to gravity, the way she taught me
to let go. 

     Aku takkan lupa gaya April mendepang kedua-dua tangannya

     sewaktu dia loncat tinggi ke dalam tasik itu; bagaimana dia biar

     tubuhnya ditarik graviti, seperti mana dia mengajar aku

     melepaskan.

[nota saya: MEGABUS adalah salah satu bentuk sistem pengangkutan di beberapa negara di Eropah. Basnya besar dan luas dengan dua pasang kerusi di sebelah kiri dan kanan namun mengenakan tambang murah.]

Beberapa Hal Membabitkan Hidup Aku

oleh Charles Bukowski

Cara untuk memiliki seorang perempuan bukan perlu wang, bukan kena kelihatan segak, bukan berkelakuan baik. Cara untuk memiliki seorang perempuan ialah sentiasa siap sedia malam dan siang. Bila sahaja kau dihubungi dengan henfon kau ada masa. Atau kau berada di bar, mereka tahu kau sentiasa ada masa bila-bila pun. Hal ni amat penting bagi seorang perempuan kerana aku tak buat apa-apa pun melainkan minum arak malah aku menginap pun di sebuah bilik kecil. Aku sentiasa ada masa lapang dan mereka sentiasa datang. Mereka bukan cantik-cantik sangat, hanya satu dua yang cantik. Ya, ramai betul perempuan aku dulu-dulu tu. Dan, berlambak-lambak arak. Ini cerita benar.

Dulu,  ketika aku berusia 17 atau mungkin 16 atau 17 tahun, waktu aku pulang ke rumah kelihatan kertas-kertas berserakan diterbangkan angin, di laman depan.  Begitu juga seluar pendek dan kasut aku. Ayah aku telah baca cerpen tulisanku, dia tak sukakannya. Ini tanda yang bagus, kau tahu? Oleh itu, aku sekadar berlarian mengutip kertas-kertas. Aku tinggalkan sahaja seluar dalam kotor dan lain-lain benda itu. Aku hanya sumbatkan kertas-kertas itu ke dalam beg pakaian, seterusnya lari dari rumah. Ayah aku dulu seorang gergasi. Seluruh makhluk dalam dunia ini amat lembut tak sebanding ganas ayah aku.

Namun, aku seorang lelaki yang bertuah. Kau tahu, aku berpergian tanpa rancangan hingga berbuat sesuatu yang menyesakkan nafas dan penuh kepalsuan. Aku tak tertahan dan terpaksa menyanggah. Kau jangka orang tengah mendesak dan berhati-hati manakala jiwa para penulis sepatutnya mendalam tatkala mereka terlalu berhati-hati dan terlalu berpolitik, manakala terlalu bertelagah ia tak mendorong kepada kebaikan. Semacam dunia ini kosong. Oleh itu, aku menyanggah hal ini dan aku fikir aku betul.

Aku sukar membaca karya Henry Miller dan orang ramai tak percaya apabila aku bagitahu mereka. Pertama kali aku baca karya-karyanya aku seorang remaja, lelaki muda dalam bas menuju New Orleans. Aku kata ah! Henry Miller, aku tak mampu baca buku itu dan aku sudah pergi ke perpustakaan-perpustakaan dan aku tak mampu menghadamnya. Dia hebat ketika dia kekal menulis perkara-perkara asas, tapi apabila dia menghala ke bintang-bintang dan ketika dia berfalsafah, semua minat menghilang. Dia terlalu gelisah. Hanya apabila dia kekal dengan perkara-perkara asas secara nyata atau perjuangan terus hidup, kurang lebih, dia bagus. Jika tidak begini, dia terlampau membosankan. Ia agak menyeronokkan bila aku punya keberanian untuk menyatakannya tapi aku dah kata pun. Biar ia dirakam. Aku fikir dah hampir nak mati. Aku tak juga mati tapi aku bakal bosan atau aku bakal jadi gila. Sesuatu yang buruk mungkin berlaku.

Menulis adalah cara aku membebaskan diriku, ia minyak senyonyong bagiku. Tanpa menulis aku hampir mati. Aku tak kisah apa orang lain akan kata setelah aku mati. Malah, aku tak kisah sangat apa yang mereka kata ketika aku masih hidup. Aku hanya menulis untuk membantu aku melalui minggu-minggu dan bulan-bulan dan tahun-tahun. Aku tak menulis untuk kekal abadi. Aku tak menulis demi era-era tertentu. Aku menulis secara mementingkan diri aku sendiri demi membuatkan aku bahagia. Ini ja!

Comments