aku tak
pernah bersua seorang lelaki yang aku impikan
oleh
Charles Bukowski
masalahnya
kau terpaksa berulang kali memilih antara seorang iblis atau seorang lagi
dan walau
apa pun yang kau pilih mereka menghiris sekelumit diri kau
sehingga
tiada apa pun tersisa
pada usia
25 tahun kebanyakan orang dah capai impian
bangsat-bangsat
seluruh negara miliki kenderaan
makan
sedap
punya
anak-anak
melakukan
segala hal dalam bentuk paling buruk
undi aku
untuk mengangkat presiden memperingatkan mereka lebih tentang diri mereka
sendiri
aku tiada
kepentingan aku tiada kepentingan apa-apa pun
aku tiada
idea bagaimana aku mahu bebas
sekurang-kurangnya
mereka yang lain mengecapi nikmat kehidupan
mereka
kelihatan seperti memahami sesuatu yang aku tak faham
boleh
jadi aku ketandusan sesuatu
ia suatu
kemungkinan
aku
sering sahaja berasa rendah diri
aku tak
pernah bersua seorang lelaki yang aku impikan
dan jika
pun ia suatu khayalan
ia adalah
suatu yang bertuah
aku hanya
ingin menghindar diri daripada mereka
tapi
tiada tempat untuk aku pergi
Comments
Post a Comment