LETAK SATU DUA LAGU. SENANG LA SAYA NAK DENGAR SEKALI-SEKALA KELAK. KEPADA ANDA YANG TERSESAT KE SINI, HAYATI LA LIRIK SELAIN NIKMATI ALUNAN MUZIK, OK? PARTI-PARTI POLITIK DI MALAYSIA SEKARANG PULA ADA YANG ASYIK DITINGGAL DAN MENINGGALKAN SEKUTUNYA. ADAT DUNIA!







[nota saya: Bila dah berusia, seseorang akan menikmati sesebuah lagu dengan menilai maknanya secara lebih mendalam seperti yang ditafsir dalam video kat atas ni. 💚💛💜]










[nota saya: Lagu atas ni muncul ketika irama rock kembali popular di seluruh dunia pada 1983, saya berusia 18 tahun. Ketika itu, saya pula tak begitu ambil berat mengenai makna lirik kerana lebih beri tumpuan kepada kesedapan irama muzik. Bagaimanapun, mengikut penyanyi Holy Diver, lagu ini berkisar mengenai kepercayaan Katolik yang dia pelajari sejak kecil. Dia mengaku takut dengan guru agama perempuan yang akan pukul dia dengan pembaris jika dia melakukan kesalahan. Dan, dalam otaknya sering memikirkan mengenai syurga dan neraka. Akibat sering teringat-ingat mengenai agama inilah maka terbit dalam fikirannya mengenai Holy Diver iaitu Jesus yang digambarkannya "menyelam" ke dunia lain untuk menyelamatkan mereka yang berdosa. Dalam lirik lagu di atas ni ada rayuan supaya Jesus jangan pergi kerana ada halangan yang bakal ditempuh yang ditonjolkan dalam bentuk harimau sebagai metafora. Anda jangan la percaya kisah dongeng yang "disandiwarakan" dalam lagu ni, okey? Saya letak lagu ni sebagai pengajaran dan moga anda tetap percaya, Jesus yakni insan dipanggil nabi Isa as oleh orang-orang Islam ini adalah seorang rasul yang kini hidup di syurga. Dan, moga anda kekal beriman kepada Tuhan Yang Satu.]

Comments